Tuesday, June 30, 2015
Petua Anak Cerdas
Ibu atau bapa sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya. Baca ayat 19 daripada surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan “Ya Allah, terangkan hati anakku (sebutkan amanya) sebagaimana matahari menerangi alam.” Dan terus sambung baca sampai habis. Setelah selesai baca, tarik nafas sedikit dan hembus ke dalam air yang disediakan.Pastikan masa ayat, botol terbuka tanpa tutupnya. Ulang bacaan sebanyak 3 kali. Untuk 1 botol yang lengkap, lakukan ini selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat. Beri anak-anak minum yang dibacakan doa ini. Lakukan begini bila-bila sahaja air itu habis. InsyaAllah ni ikhtiar kita.[Perkongsian dari Paie Akhmar Motahar]
Monday, June 29, 2015
Selamatkan Rumah Dari Diceroboh
AWAS!Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh di luar rumah) pada waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
(6) Bawa ALARM kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba ON AND OFF selalu untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa waspada).
(7) Tekan butang merah ALARM kereta jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan HANDPHONE atau CORDLESS TELEPHONE berada di sisi anda ataupun sambungkan satu EXTENTION dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau AUTOMATIC ALARM.
(13) Lampu anjung dan lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kalau kereta anda baru, sekurang-kurangnya anda perlu LOCK GEAR & STEERING sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan menyerang secara seksual) dan anda perlu ada kunci pendua jika berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu HOCKEY atau BASEBALL di bawah katil buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri sudah lama tau taktik ini...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar PADLOCK baru, mana tahu penyewa lama ada menyimpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tidak kira siang atau malam)
Wallahualam [Mynewshub. Kredit : Warga Facebook Prihatin]
Ayatul Kursi mempunyai banyak fadilat. Salah satunya ialah menghalang kejahatan daripada masuk ke dalam rumah. Oleh itu bacakan ayat ini di semua laluan masuk sebelum tidur.
Sunday, June 28, 2015
Rohani Sihat Dalam Ramadhan
Setiap manusia diciptakan dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jasmani dicipta dari tanah, rohani merupakan hembusan dari roh ilahiyyah. Dua unsur ini sangat berbeza.Jika di dalam al-Qur'an penciptaan manusia dari tanah Allah menggunakan kata "Khalaqa", Dia tiupkan roh manusia dengan istilah "Nafakha".Kedua-duanya jauh berbeza, iaitu bentuk fizik dan non-fizik. Kemudian kedua-dua disatupadukan dan diikat dengan kata "Ja'ala" sebagaimana Firman Allah:"Inni ja'ilun fil ardh khalifah". Apabila ini terbentuk maka jadilah makhluk yang bergerak.
Kedua-duanya memerlukan makanan---jasmani perlukan zat protein, mineral dan vitamin, manakala unsur rohiyyah perlukan makanan jiwa saperti zikrullah. Puasa merupakan ibadah terpenting bagi jiwa dan roh manusia. Orang yang meninggalkan puasa tanpa sebab dan uzur sungguh menzalimi dan menyeksa jasad dan roh diri sendiri. Ramai memahami bahawa puasa hanya sebatas menahan makan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Setelah itu dibolehkan makan.
Ada yang makan dengan memuaskan hawa nafsu sebagai membalas dendam menahan lapar dan haus di siang hari. Berbagai hidangan lazat disediakan dan dibeli untuk dinikmati ketika berbuka. Jika demikian, maka upaya itu sia-sia belaka. Nabi s.a.w. bersabda:"Betapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya, kecuali haus dan lapar." Mereka gagal mencapai tujuan utama berpuasa, iaitu menyehatkan jiwa dan rohaninya. Mungkin dengan berpuasa badannya menjadi sihat, tetapi jiwanya masih sakit kerana gagal memberikan terapi zikrullah selama bulan Ramadhan ini. Sihat atau tidaknya rohani setiap orang di bulan Ramadhan ini akan terlihat sesudah musim Ramadhan.Apabila tidak ada perubahan dalam peningkatan amal kebaikan dan ibadah, maka dia gagal menyihatkan jiwa dan rohnya. ~ Semoga kita tidak termasuk yang demikian ~.
Di dalam Syurga terdapat ruang yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar.Sahabat bertanya:"Untuk siapakah ruang-ruang itu, Ya Rasulullah?" Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab:"Untuk siapa saja yang berkata yang baik-baik, yang memberi makan, yang selalu berpuasa dan yang melakukan solat malam sedang orang-orang lain lena dalam mimpi."
Cinta kepada Allah S.W.T. tidak tersurat di atas lembaran kertas, kerana kertas akan hancur dimakan anai-anai. Cinta kepada Allah S.W.T. tidak terukir di atas batu, kerana satu waktu nanti batu juga akan pecah berderai. Cinta kepada Allah S.W.T. jujur terpahat di hati dan tetap bersemadi selamanya [Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Keadilan Buat Yang Didera
Basyar al Asaad dan zionis menyasarkan kezaliman ke atas kanak-kanak. Pun begitu belum terdengar mereka menzalimi zuriat sendiri. Tetapi pengikut syaitan yang wujud di Malaysia lebih kejam dari itu. Duhai Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang, turunkanlah bantuan dan ehsan-Mu ke atas hamba kecil yang malang ini!!! Sungguh, doktor mengesahkan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 tahun bakal menjadi bongkok dan tempang kekal akibat patah 13 tulang belakang, rusuk dan paha, kesan parut memenuhi seluruh badan, sistem pernafasannya terganggu. Kasihanilah dia yang terpaksa menanggung derita sendirian kekurangan rawatan dan zat makanan selama enam bulan akibat didera oleh ibu tiri dan bapa kandung sendiri.Duhai Yang Maha Menghukum, berilah keadilan buatnya!!! [Foto: Utusan Online]
Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak perempuan yang didera di Rantau Panjang, Pasir Mas, ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Mereka melarikan diri ke Thailand sejurus selepas kes itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Terima kasih Allah!!! [Foto: ZULKARNAIN KAMARUDDIN dari BERNAMA]
Semoga Yang Maha Penyembuh mendatangkan keajaiban bagi Yaya. Semoga diangkat segala kesakitan dan penderitaannya. Sungguhpun hidupnya dikatakan gelap akibat cacat kekal, semoga Yaya diberikan masa hadapan yang jauh lebih baik daripada orang-orang sempurna fizikal yang lain. Aamiin aamiin aamiin, Ya Rab!!![Foto: Sinar Harian]
Saturday, June 27, 2015
Khasiat Bunga Cengkih
Nama Botani, Syzygium aromaticum, pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan boleh mencapai ketinggian 12 meter. Daunnya berbentuk lonjong dan berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada berwarna hijau dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 2 sm. Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun.
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih sedap. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Ada juga yang memasukkan bunga cengkih dalam lipatan kain batik sebelum disimpan bagi memeliharanya dari rosak dimakan gegat. [Zawidatul Asma Zainuddin]
Khasiat Galak Kucing
Nama saintifiknya Acalypha Indica. Akar Galak Kucing dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tidak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu. Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan. Secara umumnya, ikutilah langkah berikut --- Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu sahaja). Bersihkannya dan rebuskan akar atau daun sampai mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan itu suam. Untuk ULSER MULUT gunakan air rebusan untuk berkumur sebanyak 2 kali sehari pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga sembuh. Untuk PENYAKIT KULIT basuh kawasan tubuh yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga benar-benar sembuh. Untuk MENGUATKAN TENAGA BATIN DAN BADAN KUAT, tapis dan minum air rebusan akar atau daun pokok kucing galak. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.[Kayu-Kayu]
Khasiat Maman Pasir
Juga dikenali dengan nama saintifik Cleome gynandra L., Maman Pasir merupakan sejenis rumpai yang berasal dari tenggara China. Ia sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di kawasan berpasir dan bertanah liat kawasan tropika. Sesetengah orang memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan, biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman pula boleh dijadikan racun serangga.Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melicinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.Akar pokok maman dapat memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.[Kayu-Kayu]
Insan Sejati
AHLI FIQIH sejati adalah orang yang mengerti hukum sekaligus melaksanakannya, bukan semata-mata mengerti hukum melalui ucapan dan tutur katanya.PEMIMPIN sejati adalah orang yang memimpin dengan budi pekertinya, bukan sekadar pemimpin bagi rakyat dan kelompoknya.ORANG KAYA sejati adalah orang yang juga kaya hatinya, bukan hanya kaya kedudukan dan hartanya [Imam Syafie rahimahullah]
Friday, June 26, 2015
Jangan Sesali Takdir
Nasib setiap orang berbeza-beza. Kaya, miskin, pandai, kurang pandai, hidup bahagia, hidup derita, keluarga aman, keluarga porak-peranda.Untung nasib seseorang sukar diramal. Lain yang diidamkan tetapi lain pula yang Allah S.W.T. berikan. Perbuatan mencela, merintih dan mengeluh adalah dilarang. Contoh, seorang suami yang mengeluarkan kata-kata, “Kalau aku tak kahwin dengan kau, tentu aku hidup lebih bahagia.” Si suami seolah-olah tidak bersyukur dengan kurniaan isteri daripada Allah S.W.T. dan menyesali takdir yang ditetapkan-Nya, padahal Dialah yang menuliskan segala hal di Loh Mahfuz dan semua yang berlaku adalah menurut kehendak-Nya.
Manusia hanya suka menerima takdir yang baik, tetapi membenci musibah, tanpa menyedari bahawa takdir yang baik itu juga adalah ujian, sama seperti musibah. Meratapi nasib adalah perbuatan merugikan yang tidak membawa ke mana-mana. Orang-orang yang ingin menuju ke jalan Allah memang sering diuji dalam berbagai cara. Ujian itu adalah pembersih dosa, bahkan sebagai penambah amalnya. Sebenarnya, Allah S.W.T. mencintai hamba bersifat mukmin, kuat, redha dan sabar menerima ketentuan-Nya. Semakin kuat takdir diterima, semakin tenang hati dan tenteram jiwanya. Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah S.W.T. sahaja akan berjaya di dalam perjalanan menempuhi kehidupan di dunia. Allah S.W.T. berfirman: “Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Sural al-Fusshilat ayat 35).
Thursday, June 25, 2015
Nuansa Zionis Dalam LOTR
Dengan kepintaran yang ada, sudah banyak mesej terselindung yang dicipta oleh ZIONIS dan disebarluaskan kepada masyarakat dunia. Salah satunya menerusi filem-filem garapan mereka. Orang yang mempunyai mata hati, dapat menghidu nuansa propaganda Zionis yang kuat dalam filem LORD OF THE RINGS, filem yang menggambarkan perjuangan bangsa Yahudi untuk memiliki kedaulatan sendiri di tengah kehidupan dunia. Ia disamarkan dengan konsep cerita matriks yang cukup rumit.Film LORD OF THE RINGS (singkatannya LOTR) bukanlah filem bertema sejarah, sebab di dunia ini tidak ada sejarah seperti itu. Ia juga bukan film sihir seperti Harry Potter, sebab di dalamnya sangat sedikit adegan sihir. Ia bukan film fantasi sebab butiran ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Ia bukan filem seram sebab tidak ada eksploitasi hantu. Filem LOTR itu adalah filem METAFORA FUTURISTIK yang sarat mengandungi perlambangan tentang kehidupan yang akan berlaku pada suatu masa akan datang iaitu tanda-tanda kiamat mengikut kepercayaan Yahudi. Dalam filem itu, wilayah yang mereka perjuangkan, GERBANG ZION dikatakan akan selamat bila datangnya “TOKOH YANG DIRAMALKAN”. Kalau diteliti, memang banyak keadaan yang menggambarkan kehidupan menjelang Hari Kiamat, cuma ia terselindung di sebalik istilah, kronologi cerita, dan tokoh-tokoh rekaan.
Inti cerita LOTR merupakan pertarungan di antara golongan putih dan golongan hitam. Menjelang Hari Kiamat nanti, memang akan ada PERTARUNGAN BESAR ANTARA KAUM MUSLIMIN DENGAN KAUM YAHUDI. Dalam filem LOTR, puncak kepemimpinan kejahatan digambarkan sebagai kekuatan sihir bermata satu. Hal ini adalah gambaran yang sangat jelas tentang DAJJAL SEBAGAI RAJA KEJAHATAN DI AKHIR ZAMAN. Juga digambarkan pertembungan di antara dua kekuatan besar untuk melawan imperium kejahatan (Mordor). Dalam kehidupan Akhir Zaman nanti juga akan terjadi PERTEMBUNGAN ANTARA UMAT ISLAM DENGAN KAUM NASRANI UNTUK MENGHADAPI KEJAHATAN YAHUDI. Dalam filem itu digambarkan watak Frodo sebagai pembawa cincin yang harus menghancurkan raja kejahatan tersebut. Begitu pula kelak peranan ISA AL MASIH YANG AKAN TURUN KE DUNIA UNTUK MENGHANCURKAN DAJJAL. Dalam filem itu digambarkan kemunculan seorang pahlawan yang berani membela kebenaran dan beria-ia melindungi Frodo. Setelah kejahatan Mordor hancur, pahlawan itu diangkat menjadi Kaisar. Kedudukan pahlawan ini sangat mirip dengan IMAM MAHADI. Di akhir cerita digambarkan imperium kejahatan hancur seluruhnya, tidak ada yang tersisa. Begitu pula di Akhir Zaman nanti, DAJJAL AKAN HANCUR DAN BEGITU JUGA KAUM YAHUDI.
Sebelum imperium kejahatan (Mordor) hancur, mereka menikmati kemajuan pesat di segi kekuatan tentera. Kunci kekuatan Zion ialah Sauron Si Mata Satu yang berasal dari seorang raja pada masa dahulu. Sememangnya pun Dajjal adalah manusia yang lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran. Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Puncaknya mereka mampu mengepung kekuatan kebaikan di sebuah lembah. Di Akhir Zaman nanti memang kekuatan kaum Yahudi sangat hebat sehingga mendesak KAUM MUKMIN DALAM KEADAAN TERSEPIT. NAMUN AKHIRNYA KEKUATAN YAHUDI HANCUR SEIRING DENGAN LEBURNYA DAJJAL. Hancurnya kekuatan tokoh Si Mata Satu ditandakan dengan melelehnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung yang membara. Begitu pula digambarkan di Akhir Zaman nanti bila Dajjal melihat Nabi Isa a.s., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh. Misi lain dari perjuangan Frodo ialah menutup cerita dalam buku tinggalan datuknya. Sebelum tugasnya selesai, dia meninggalkan satu muka surat daripada buku itu untuk diisi oleh rakannya yang setia. Di akhir perjalanan hidupnya, Frodo dihantar naik perahu menuju sebuah tempat yang sangat indah. Dia diambut oleh makhluk-makhluk ghaib dari dunia lain (semacam malaikat).
Memang pun di Akhir Zaman nanti Nabi Isa akan wafat setelah tugasnya selesai dan meninggalkan kehidupan dunia yang tersisa sedikit sahaja lagi. Balasan bagi para nabi dan orang-orang soleh dalam kehidupan Akhirat nanti, mereka akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. [Adaptasi dari tulisan dalam Islampos]
Wednesday, June 24, 2015
Ramadhan Di Timur Tengah
Di seluruh Timur Tengah bila tiba bulan Ramadan orang-orang rajin membaca Al-Quran, sama ada di dalam bas, di metro, di mana-mana jua walaupun dalam keadaan berdiri.
Tentang berbuka puasa, ke mana pun kita pergi apabila tiba waktu berbuka selalu ada hidangan “Maidaturrahman” di setiap masjid bahkan di tepi jalan.Terlihat betapa luasnya ladang amal yang berlumba-lumba bersedekah. Biasanya para pemilik kedai dan pasar mini menyediakan bungkusan makanan dan minuman di luar kedai mereka untuk orang orang yang harus berbuka puasa di jalan.Bukan hanya orang yang kaya raya gemar bersedekah bahkan orang orang awam tetap tidak ketinggalan. Menu berbuka puasa yang menyegarkan adalah minuman “tamar hindi” - juice mangga, dan makanan yang paling disukai ramai adalah kibdah (hati) dan Thamiyyah bilbhied.Para penganut agama lain juga menghormati orang muslim yang berpuasa. Mereka jarang makan di khalayak ramai meskipun bukan muslim kerana mereka memegang budaya menjaga aib. Di jalan penuh dengan orang ramai menunaikan solat tarawih. Dan orang orang boleh bersantai selepas tarawih sehingga waktu sahur.[Kisah dari Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Doa Malaikat Buat Yang Berpuasa
Para malaikat berselawat, memohon ampun dan mendoakan kebaikan untuk orang orang yang berpuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya yang berpuasa, Jibril diundang berdoa:'Ya Allah, berikan kebaikan kepada orang yang berpuasa. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai si Fulan yang berpuasa, maka hendaklah kalian mencintainya.' Maka para penduduk langit pun ikut mencintai mereka dan disaksikan seluruh makhluk bumi.
Subhanallah... Maha suci Allah yang tidak putus-putus memberikan keutamaan dan kelebihan kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa. Andaikan semua orang yang berpuasa mengetahui hal ini, sudah tentu deras mengalirkan air mata mereka dengan balasan Allah S.W.T. ini. Mereka tidak ingin ibadah puasa cacat walau sebesar debu pun.
SMILEY Samawi
Beberapa hari lepas kita telah menyaksikan susunan indah jasad-jasad samawi, BULAN, ZUHRAH dan MUSYTARI pada waktu Maghrib-Isyak.
Tetapi jangan lupa, dua susunan menakjubkan akan berlaku pada bulan Julai 2015 nanti!Pada Maghrib, 1 Julai 2015, masuk 15 Ramadhan, planet ZUHRAH dan MUSYTARI akan berada begitu hampir antara satu sama lain. Sekali pandang, kita akan nampak kedua-duanya seolah-olah BINTANG KEMBAR di langit barat!Kedua-duanya memenuhi kawasan langit yang sama luasnya dengan Bulan! Maknanya amat 'dekat' lah tu! Kemudian pada Maghrib 18 Julai 2015, menjelang 3 Syawal, Bulan akan bersama kedua planet tadi, tetapi kali ini, rezeki kita di kawasan Malaysia dan Asia Tenggara, susunan KETIGA-TIGA objek ini, akan membentuk seperti bentuk muka senyum, atau SMILEY SENGET!
Kali terakhir SMILEY secomel ini dilihat pada tahun 1 Disember 2008 dahulu di Kuala Lumpur. Rugi kalau tak rakam kali ini! [falakonkline.net]
Monday, June 22, 2015
Nak Kahwini Muslim Syahadahlah Dulu!
”Hai orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. ALlah lebih mengetahui tentang keimanan mereka: maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman, janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir dan orang-orang kafir itu tidak halal pula bagi mereka (muslimah). Dan berikanlah kepada (suami) mereka mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atasmu mengawini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkahwinan) dengan perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar. Demikianlah hukum Allah yang ditetapkan-Nya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Mumtahanah ayat 10)
“Dan janganlah kamu meikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu’min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu’min lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka sedangkan Allah mengajak ke sorga dan ampunan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah ayat 221)
Sunday, June 21, 2015
Al Quran Sahabatku
Syeikh Ahmad Habbal seorang ulama besar Dari tanah Syam yang sangat mencintai Al Quran. Beliau tidak pernah berhenti membaca Al Quran kecuali ketika bercakap,tidur dan dalam bilik air. Bila bersendirian, mulut beliau tidak berhenti dengan bacaan Al Quran sehingga beliau pernah berkata, " Kawan karibku adalah Al Quran. Beliau sentiasa bercakap benar. Dr Syeikh Ramadhan AL bouti berkata, "Syeikh Ahmad Habbal adalah guru yang tawadhuk, hidupnya sangat sederhana hasil dari bersahabat dengan Al Quran. Wallahualam
Khasiat Peria Katak
Peria katak, nama saintifiknya Momordica charantia L ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekelilingnya. Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan.
Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuk buahnya memanjang. Walaupun biasa dimakan sebagai ulam mentah ketika berwarna hijau, ia juga boleh dimakan ketika masak yang berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika matang. Peria katak berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan", teh peria katak amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula dalam darah. Buahnya boleh dikisar dan jusnya diminum. Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. [Zawidatul Asma Zainuddin]
Friday, June 19, 2015
Misteri Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda merupakan suatu tempat di mana di dasar laut tersebut terdapat sebuah piramid besar, mungkin lebih besar dari piramid yang ada di Mesir. Piramid tersebut mempunyai jarak antara hujung piramid dan permukaan laut sekitar 500 meter. Di hujung piramid tersebut terdapat dua rongga lubang lebih besar. Menurut beberapa sumber, di Segitiga Bermuda gas methan. Dianggap kapal yang hilang di sana telah melampaui batas kargo. Dikatakan Pengkalan UFO, tempat berkumpulnya para syaitan golongan Jin (Istana Syaitan). Ada yang mengatakan di sanalah terletak telaga “Air Kehidupan” yang kononnya boleh membuat awet muda dan panjang umur.
Dari Priest Ke Brother
Sungguhlah hidayah itu milik Allah. Seorang paderi katolik telah mendatangi pusat perkembangan agama Mission Dakwah di Toledo City, Filipina. Mulanya dia hendak mengadakan dialog agama. Petugas di pusat berkenaan menjelaskan semua kesalahan yang terdapat dalam Bible kepadanya selama berjam-jam. Tanpa disangka-sangka, dia menyatakan hasrat hendak mengucapkan syahadah. Kini namanya ialah Brother Ahmad Mendoza.Allahuakbar!!!
Malaikat Maut Menangis
Pada satu ketika Malaikat Maut menangis ketika ditugaskan untuk mencabut nyawa seorang wanita hamil. Lalu Allah S.W.T. bertanya," Apa yang membuatmu menangis?" Malaikat menjawab,"Aku menangis kerana waktu aku hendak mencabut nyawa wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dia hampir melahirkan. Maka aku pun menunggunya sehingga bayinya lahir. Selepas itu aku pun mencabut nyawanya sambil menangis kerana aku mendengar tangisan bayi tersebut.
Dalam satu peristiwa lain, Malaikat Maut terkejut bila ditugaskan mencabut nyawa seorang ulama. Allah S.W.T. bertanya,"Apa yang membuat kamu terkejut?" Malaikat menjawab,"Aku terkejut kerana aku melihat ada cahaya terang benderang keluar dari biliknya. Setiap kali aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukan aku seolah-olah ingin mengusir aku. Lalu aku cabut juga nyawanya disertai dengan cahaya tersebut. Allah S.W.T. bertanya lagi, Tahukah engkau siapa ulama tersebut?" Malaikat menjawab,"Tidak, Ya Allah". Lalu Allah S.W.T. pun menerangkan, "Sesungguhnya ulama tersebut adalah bayi dari ibu yang kau cabut nyawanya di gurun padang pasir gersang dahulu. Akulah yang menjaganya dan tidak aku membiarkannya." Subhanallah – Maha Suci Allah yang Maha mengatur setiap ketetapan untuk hamba-hamba-Nya [Sumber: Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Kapal Bertukar Warna Dan Nama Diselamatkan
ALHAMDULILLAH... Dengan kerja keras semua pasukan pencari dan penyelamat, kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya diselamatkan kira-kira 2.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan menuju kepulauan Natuna, Indonesia. Turut terselamat ialah kesemua anak kapal berkenaan. Pun begitu, tukang masak berketurunan Indonesia cedera ringan akibat ditembak di tangan dan dia akan dihantar ke hospital. Tahniah buat semua yang terlibat. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, pembebasan anak kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan yang bertutur dalam loghat Indonesia.
Kapal MT Orkim Harmony ditukar dengan warna hitam daripada warna biru yang asal bagi mengabui mata pencari. Namanya juga ditukar menjadi Kim Harmon. Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol Ron 95 bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.Dikhabarkan lanun berkenaan tersilap rampas kerana menyangka kapal itu membawa disel yang mudah dijual di pasar gelap. Tatkala memikir-mikir kepada siapa minyak petrol itu hendak dijualkan, akhirnya kedudukan mereka dapat dikesan oleh pasukan pencari.
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan ketua lanun telah mengugut dia bahawa dia dan keluarganya akan diancam sekiranya mendedahkan rancangan lanun untuk melarikan diri. Kapal pengiring KD Terengganu turut diugut oleh ketua lanun supaya menjarakkan kedudukan kapal itu tidak kurang dari lima batu nautika dan sekiranya tidak, anak kapal akan dicederakan.Butiran peribadi kapten kapal turut mereka ambil sebelum melarikan diri menggunakan bot penyelamat MT Orkim Harmony kira-kira jam 8.30 malam Khamis.
Demi keselamatan keluarganya, kapten kapal hanya memaklumkan kepada KD Terengganu pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir lima jam setelah kesemua lanun melarikan diri. Kelapan-lapan mereka kemudiannya ditemui dan ditahan oleh pasukan tentera laut Vietnam. Mereka mendakwa kononnya bot nelayan mereka karam.Kini MT Orkim Harmony dalam pelayaran pulang diiringi oleh KD Handalan menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba di pelabuhan pada jam 2 pagi Sabtu.
Rumah Berselimut Pokok
Rumah unik yang dilitupi tumbuhan pokok teh di Kampung Kelubi, Pasir Puteh didiami Amizar Adnan,48, bersama suami Wan Mamat Wan Junoh,52, dan empat anak sejak 20 tahun lalu.Sesiapa yang kali pertama melihat rumah tersebut pasti menyangka ia sebuah rumah terbiar tanpa penghuni.
Pun begitu, bahagian dalam rumah kelihatan kemas lagi teratur seperti juga rumah-rumah yang lain. Keadaannya tentu sejuk, tidak memerlukan pendingin hawa. Cuma Amizar dan Wan Mamat harus berhati-hati selalu takut rumah itu jadi tempat ular dan serangga perosak yang lain pula.[ Bernama]
Thursday, June 18, 2015
Ramadan Buat Belum Islam
---
Eeli Eskola belum Muslim lagi tetapi sudah cuba berpuasa selama 4 hari. Satu pengalaman yang membuka pintu hatinya.
---
Pengalaman itu tidak seteruk yang dia sangka. Orang-orang miskin sudah biasa dengan keadaan berlapar. Kini dia sedar betapa bertuahnya dia.
---
Ramadan mengajarnya apa yang benar-benar diperlukan untuk hidup. Dewasa ini ramai yang hidup melampaui kemampuan. Ini sesuatu yang menyedihkan.
---
Dia telah mampu menyesuaikan diri dengan Ramadan. Kini dia tidak lagi makan banyak seperti dahulu.
Wednesday, June 17, 2015
Utamakan Wajib Berbanding Sunat
Ramadhan bermula tepat waktu Maghrib. Ibadah pertama yang jelas perlu dilaksanakan sebagai 'pembuka' adalah Solat Maghrib berJEMAAH di Masjid. WAJIB ganjarannya lebih besar dari SUNAT.Solat Fardhu berjemaah pasti lebih besar nilainya berbanding Solat Sunat berjemaah. Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
----"Barangsiapa yang melaksanakan solat Isyak berjema’ah, maka dia seolah-olah melaksanakan solat separuh malam.Dan barangsiapa yang melaksanakan solat Subuh dengan berjemaah, maka dia seolah-olah melaksanakan solat sepanjang malam. [HR. Muslim]
Solat Fardhu = Maghrib, Isya, Subuh, Zuhur dan Asar. Solat Sunat = Rawatib, Tarawih, Tahajud, dan lain-lain. Utamakan yang utama!
Usahakan yang paling sempurna, untuk hadir semuanya secara berjemaah dan istiqamah sehingga ke akhir Ramadhan.[Ustaz Abu Anas Madani]
Subscribe to:
Posts (Atom)