Wednesday, October 11, 2017

Sejarah Ringkas Tabung Haji




Bila sebut musim haji, semua orang tentu ingat pada Tabung Haji, satu badan besar yang monopoli kesemua urusan mengerjakan Haji dan Umrah di negara kita.

Tabung Haji bermula dari cetusan idea Prof Di Raja Ungku Aziz. Beliau telah membuat kajian dan menyediakan kertas kerja lalu dibentangkan pada tahun 1959 kepada para pembesar negara. Kertas kerja bertajuk,"Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji", itu telah diterima dengan baik.

Hasil daripada kajian dan pembentangan kertas kerja itu, maka pada tahun 1963, tertubuhlah Tabung Haji yang pada masa ditubuhkan telah diberikan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji. Penubuhan perbadanan itu berlaku pada November tahun 1962.

Dan kemudiannya perbadanan itu mula beroperasi pada 30 Sept 1963. Jadi pada 30 sept 2013 baru-baru ini telah genaplah umur Tabung Haji selama 50 tahun beroperasi di Malaysia. Mari kita lihat perbezaan masa mula 50 tahun dulu dengan sekarang.

Tabung Haji 50 tahun dulu:

1.Punyai seramai 13 orang petugas sahaja
2.Ada seramai 1,280 pendeposit sahaja
3.Ada sejumlah RM46,600 simpanan sahaja ketika itu.
4.Beribu pejabat kcil di sebuah pejabat di jalan Ipoh, KL.

Tabung Haji Hari ini setelah 50 tahun:

1.Simpanan dan dana sejumlah lebih daripada RM41 Billion !!! melayakkan Tabung Haji menjadi sebuah badan pengurusan dana Islam di negara kita yang paling besar sekali.
2.Terdapat lebih daripada 8 juta pendeposit sekarang.
3.Ada sebanyak 119 cawangan di seluruh negara tak termasuk sebanyak 6,000 pusat perhubungan dan juga sebuah pejabat operasi di Arab Saudi.

[Kredit : Blog Shubhi]

No comments:

Post a Comment