Monday, October 9, 2017

Buah Kesabaran


Ammar Mustafa, muslim kulit hitam, pekerja kontrak asing di tengah kota Riyadh, datang dengan tangan kosong, nekad meninggalkan keluarganya di Sudan untuk mencari kehidupan. 

Saudi Arabia memang memberikan free visa untuk warga negara Arab lainnya termasuk Sudan. Oleh itu Ammar bebas mencari kerja asalkam punya pasport dan tiket.

Sayang, kehidupan memang tidak selamanya mudah. Do’a Ammar untuk mendapat kehidupan yang lebih baik demi keluarganya ternyata belum terkabul. Dia bekerja berpindah- pindah. 
Gajinya sanat kecil, tidak cukup untuk membayar kediaman sehingga terpaksa menumpang dengan para sahabat. Meski demikian, Ammar tetap gigih mencari kerja agar dapat mengirim wang untuk keluarganya di Sudan.

Bulan pertama berlalu kering, bulan kedua semakin berat, bulan ketiga hingga tahun tahun berikutnya kepedihan Ammar tidak kunjung berakhir. Diam tidak diam telah lima tahun Ammar hidup berpindah pindah di kota itu.

Bekerja di bawah terik matahari dan suasana kota yang perit, namun Ammar tetap bertahan dalam kesabaran. Kota metropolitan adalah lebih parah daripada hutan rimba jika tidak tahu cara untuk mendapatkan wang. Di hutan kita masih boleh mendapatkan buah-buah hutan sebagai pengisi perut. Tetapi kota adalah belantara derita yang akan menjerat sesiapa saja yang tidak mampu bersaing.

Riyadh adalah ibu kota Saudi Arabia, hanya berjarak 7 jam dari Dubai dan 10 jam jarak yang ditempuh dengan bas menuju Makkah. Hampir keseluruhan kota ini tidak ada pepohonan untuk berteduh saat panas. Hanya pohon kurma yang berbuah sekali setahun.

Seperti terjerat di belantara kota ini, Ammar tetap tabah mengirimkan wang kepada keluarganya, meski sangat sedikit dan harus ditukar dengan berpuasa menahan dahaga dan lapar sambil terus berikhtiar mencari sesuap nasi demi keluarganya di Sudan. 

Pun begitu, Ammar pun manusia. Di tahun kelima dia tidak tahan lagi menahan malu berpindah pindah kerja dan menumpang di kediaman para sahabat sedangkan hidupnya tidak kunjung berubah. Dia memutuskan untuk pulang ke Sudan.

Ketika itu dia tidak ada wang untuk membeli tiket pulang. Dia terpaksa menceritakan keinginannya untuk pulang kepada kawan-kawan terdekat. Seorang daripadanya memberi Ammar wang untuk membeli tiket ke Sudan.

Hari itu juga Ammar pergi ke sebuah ejen perjalanan di Olaya- Riyadh, untuk membeli tiket. Sayang, ternyata semua penerbangan Riyadh-Sudan pada minggu itu sukar didapat kerana konflik di Libya, negara jiran Sudan. Akhirnya dia membeli tiket untuk penerbangan minggu berikutnya. 

Azan zuhur bergema, semua kedai, pasaraya, bank, dan pejabat pemerintah serentak menutup pintu dan menguncinya. Sekuriti kota berjaga-jaga di luar pejabat menunggu hingga waktu solat berjemaah selesai. Ammar bergegas menuju sebuah masjid. Dia mengikatkan beg kosongnya di pinggang, kemudian mengambil wuduk dan solat 2 rakaat untuk menghormati masjid. Dia duduk menunggu imam memulakan solat berjemaah.

Di saat solat itulah dia merasakan merasakan terlepas dari bebanan dunia yang menghimpitnya, hingga hatinya berada dalam ketenangan.

Selesai solat Ammar masih bingung ke mana harus melangkah, sedangkan penerbangan masih seminggu lagi.  Dilihatnya beberapa mushaf Al Qur’an yang tersimpan rapi di tiang masjid. Dia mengambil salah satunya, bibirnya mulai membaca taawudz dan terus membaca al Qur’an hingga azan ashar tiba. Selepas maghrib dia masih di sana. Akhirnya Ammar memutuskan untuk tinggal di sana hingga jadual penerbangan ke Sudan tiba.

Ammar memang telah biasa bangun awal di setiap hari. Pagi itu dia orang pertama terbangun di sudut kota. Dia mengumandangkan suara indahnya memanggil jiwa-jiwa seisi kota.

Azannya memang unik hinggakan Prince (Putera Raja Saudi) di kota itu juga terpanggil untuk solat subuh berjemaah di sana. Azan dikumandangkannya setiap pagi dalam sisa seminggu terakhirnya di kota Riyadh.

Pada tiket tertulis jadual penerbangan ke Sudan jam 05:23 pagi bererti dia harus berada di airport jam 3 pagi atau 2 jam sebelumnya. Ammar bangun lebih awal, bersalam dengan pengelola masjid dan naik bas menuju Airport King Abdul Aziz, Riyadh hanya berjarak kurang dari 30 minit dari pusat bandar.

Di airport, Ammar duduk di ruang menunggu. Penerbangannya sedikit terlewat. Tiba-tiba dari speaker terdengar suara memanggil namanya. Belum hilang rasa terkejut itu, tiba-tiba datang pula sekumpulan orang berbadan tegap menghampirinya. Mereka membawa Ammar ke kereta dan hanya berkata “Prince hendak berjumpa kamu.” Ammar semakin bingung, mengapa Prince memanggilnya?

Di Saudi ada ramai Prince dan Princess (Putera dan Puteri diraja). Mereka berada di seluruh jazirah Arab dan tinggal di istana masing masing.

Setiap kali Ammar azan, Prince selalu bangun dan merasa terpanggil untuk solat. Pagi itu tiada suara azan dari Ammar. Prince merasa kehilangan. Ketika mendapat tahu dari pengelola masjid bahawa sang muadzin sedang berada di airport untuk pulang ke negaranya, Putera terus memerintahkan pihak airport menunda penerbangan dan segera menjemput Ammar .

Prince menyambut Ammar dengan ramah sambil menanyakan mengapa Ammar ingin kembali ke negerinya. Lalu Ammar menceritakam segala-galanya. 

Prince mengangguk dan bertanya, “Berapakah gaji kamu dalam satu bulan?”

Amar kebingungan kerana gaji yang diterima tidak pernah tetap, bahkan sering ia tidak dapat gaji berbulan-bulan. Prince lalu bertanya lagi, “Berapa gaji paling besar dalam sebulan yang pernah kamu terima ?”

Dahi Ammar berkerut mengingat kembali catatan hitamnya selama lima tahun ini. “Alhamdulilah, SR 1.400, “ jawab Ammar.

Prince memerintahkan pegawainya menghitung 1.400 Rial dikali dengan 5 tahun (60 bulan) dan hasilnya adalah SR 84.000. Prince menyerahkan wang tersebut kepada Ammar.

Tubuh Amar gementar melihat keajaiban di hadapannya, belum selesai bibir mengucapkan 
Al Hamdalah, Prince memeluknya dan berkata, "Pulanglah dan temui isteri dan anak kamu dengan wang ini, kemudian kembalilah ke sini selepas 3 bulan. Saya siapkan tiket untuk kamu dan keluarga kamu kembali ke Riyadh. Jadilah Bilal di masjidku dan hiduplah bersama kami di Palace ini.“

Ammar tidak dapat menahan air matanya, bukan terharu kerana menerima sejumlah wang yang sangat besar ertinya bagi keluarganya yang miskin. Dia menangis kerana keyakinannya selama ini adalah benar.  Allah sentiasa memerhatikan hamba-Nya. Kesabaran selama lima tahun berakhir dengan indah. Inilah hasil kesabaran dan keikhlasan Ammar. Tiada yang mustahil bagi Allah jika Dia berkehendak.

Ini kisah nyata dan saat ini Ammar hidup tenang di sebuah rumah di dalam kompleks istana milik Prince. Ammar dianugerahi Allah hidup yang baik di dunia, menjadi Muadzin di Masjid Prince Saudi Arabia di pusat kota Riyadh.

Subhanallah….seperti itulah buah dari kesabaran.

Jika sabar itu mudah, tentu semua orang boleh melakukannya. Jika kamu berkata sabar itu ada batasnya, itu bererti peribadi kamu belum mampu untuk menetapi kesabaran ... Sabar itu tidak ada batasnya. Batas kesabaran itu terletak di dekat pintu Syurga dalam naungan keridhaan Nya.

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

”Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.”  
(Al Fushilat ayat 35). 

Allahu akbar! Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya.

Kisah nyata dari Boim Panjajaran yang memberi pelajaran pada kita semua. Yang terbaik akan diberikan Allah pada mereka yang berdo'a dengan ikhlas dan terus berusaha.

*Semoga bermanfaat ...*

No comments:

Post a Comment