Lainkah Rasanya?
Sepasang suami-isteri sedang makan malam. Dengan teruja sekali dia memberitahu isterinya bahawa dia ingin berniaga. Dikongsikan segala perancangannya sekali dengan impian itu ini apabila berjaya nanti.
Isterinya tahu sangat perangai suaminya. Duit simpanan yang ada diserahkan kepada suami.
Lalu si suami berkata, “Ayang, jangan bimbang. Nanti bila abang sudah kaya, kita akan makan guna pinggan kaca mahal-mahal. Bukan lagi pinggan plastik begini.”
Isterinya melihat dalam-dalam ke mata suaminya.
“Abang, adakah akan lain rasanya makanan yang diletak dalam pinggan kaca mahal-mahal daripada yang diletakkan dalam pinggan plastik?”
..............................
Sungguh sesiapa yang qanaah, dialah orang kaya walaupun dia miskin
Sesiapa yang tidak qanaah, dialah si miskin, walaupun dia banyak harta.
[Nasihat dari Ustaz Muhammad Luqman Makhtar]
No comments:
Post a Comment