Monday, October 2, 2017

Perubahan Kedudukan Wanita Di Arab Saudi



Di Arab Saudi banyak perubahan sudah berlaku. Ada yang menjadi semakin baik dan ada juga yang merunsingkan.. 

1) Kemasukan pekerja wanita di butik pekakasan wanita. 

Dulu wanita tidak dibenarkan bekerja ditempat yang terbuka seperti di dalam shopping mall, butik pakaian, kosmetik. Bayangkan kedai lingerie pun yang menjualnya lelaki. Nak minta size pun malu. Nak memilih tiada ketenangan apabila diperhatikan oleh lelaki! Lagi pula apabila dia tanya ada apa-apa yang boleh dibantu, mesti suami kena temankan untuk memilih. Pemilihan alat solek dengan dibantu oleh lelaki Arab yang kacak berjambang. Dia terangkan color foundation yang sesuai untuk kulit kita. Dia lebih pandai dari kita! Membeli bunga ataupun hadiah kemudiannya dibalut kemas dan indah oleh lelaki 'tulen' yang kadang-kadang memakai thob lengkap dengan igal dan serban. 

Jadi, apabila para wanita sudah dibenarkan bekerja di tempat yang khas untuk barangan wanita, kejanggalan berurusan dengan lelaki itu sudah tiada lagi. Alhamdulillah.

2) Kemasukan pekerja wanita di supermarket sebagai cashier. 

Cashier wanita  bekerja di ruangan yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Biasanya dengan signboard 'ladies only'. Sangat menyenangkan! Tidak perlu merasa janggal jika membeli barangan keperluan rumah tanpa suami atau saudara lelaki.. terus sahaja bayar di kaunter khas untuk wanita. 

3) Khidmat pekerja wanita di restoran/ tempat makan terbuka. 

Wanita juga sudah mula bekerja di restoran sebagai cashier. Dulu ada juga wanita yang membuka restoran tetali terlibat di dalam pengurusannya sahaja. Perihal lain akan diuruskan oleh lelaki. Paling mengejutkan apabila bulan Ramadan ada wanita yang berniaga secara terbuka di foods truck! 

4) Wanita dibenarkan menghadiri majlis terbuka dan bercampur dengan kaum lelaki

Kaum wanita sudah dibenarkan berada bersama kaum lelaki melihat hiburan! Ianya sesuatu yang agak mengejutkan. Perubahan yang terlalu mendadak dan agak mengecewakan.

5) Wanita dibenarkan untuk memandu kereta. Topik perbualan hangat.

Bagaimana pula keadaan wanita di atas jalan raya nanti? Dan bagaimana pula untuk melatih wanita Saudi yang kebanyakannya belum pernah memandu di atas jalan raya yang sudah dimonopoli oleh kaum lelaki sekian lama? Akan berkurangkah cara2 pemanduan secara merbahaya yang selalu kita nampak di sini atau semakin celaru jadinya. 

Di sebalik kebaikannya yang banyak terdapat juga beberapa impak lain yang perlu diambil kira. Malahan untuk memecahkan tradisi budaya konservatif orang tempatan terhadap taboo melepaskan wanita bergerak bebas tanpa perlindungan dari mahram mereka itu sebenarnya sangat mengejutkan..

Hakikatnya, setelah melalui era perubahan saban tahun yang mendorong mereka keluar dari kepompong istimewa mereka, yang mungkin pernah ditertawakan oleh negara lain yang tidak memahami islam sepenuhnya. katanya wanita saudi tidak dibenarkan seiring dengan lelaki, wanita saudi terkurung di dalam kelubung hitam mereka.

Sebenarnya mereka tidak merasakan terkurung dan tidak bebas.. malahan terasa seperti wanita dilayan baik dan dihormati serta terjaga maruahnya. Wanita masih mempunyai kebebasan untuk berhias cantik dan menceburi bidang pekerjaan profesional dan terlindung dari lelaki. Inilah identiti negara islam yang masih kekal sehingga kini. Pastinya ia akan dirindui kelak jika liberalisme yang dipilih. 

Pendatang yang menumpang rezeki di tanah barakah kesayangan umat islam, meskipun tidak dilayan baik, bila- bila masa sahaja boleh dihalau pulang. 

Bermacam cara telah digunakan untuk mengurangkan kadar pekerja luar di negara mereka dengan menaikkan pelbagai jenis bayaran.. terbaru mengenakan dependent fees pada semua expat dengar kadar SR100 sebulan untuk seorang dependent bagi tahun ini dan SR200 sebulan untuk tahun hadapan.. segala subsidi juga sudah ditarik balik membuatkan kos sara hidup juga meningkat! Harga minyak juga bakal naik.

Bagaimana pula mereka yang lahir dan membesar di sini tetapi masih memegang kerakyatan negara asal? Kerakyatan hanya pada nama. Hidupnya sudah berpuluh tahun disini.. mahu pulang tanah asal usul sendiri juga tidak tahu bagaimana rupanya. Entah masih ada tempat atau tidak. Kasihan. 

Tidak seperti berada di dalam negara sendiri. Walau kita marah pemimpin dan kerajaan, kita merungut akan pelbagai sebab kerana kita merasakan.. itulah hak kita.. tanah kita.. asal usul dan keluarga kita semua di situ.. jadi suara kita perlu didengar. 

Berbeza apabila kita menumpang di tanah orang. Kita juga sayang, kita juga bersyukur.. dengan kesedaran bahawa bila-bila masa kita boleh dihalau keluar. Negara mereka.. hak mereka. Pasti mereka mahu mempertahankan sepertimana kita jelek melihat hak kita dipergunakan sewenangnya oleh orang luar. Kita terlalu pemurah dan baik. 

"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung." Kerana tanah ini tanah yang bakal terlindung dari dajal.. kerana tanah ini tanah yang dijaga oleh para malaikat disekelilingnya.. dan rezeki di sini atas pemberian dan izin dari yang Esa pastinya.. selagi mampu bertahan untuk menetap di sini inshaAllah akan dikuatkan azam dan tekad. InshaAllah.. 

Namun, suatu hari nanti bila tiba masanya pasti akan pulang.. untuk berbakti kepada tanah air pula.. 'ibarat sireh pulang ke gagang..' sejauh mana kita pergi pasti tempat kita kembali ke tempat asal

[Sumber: FB Masnira Ramli]

No comments:

Post a Comment