Berapa ramai lelaki zaman sekarang, yang boleh menjadi IMAM solat berjemaah di rumah, bersama isteri dan anak-anak?...
Ternyata ramai yang menjawab TIDAK CONFIDENT MENJADI IMAM, sebab TAKUT BACAAN AL-FATIHAH TIDAK SEMPURNA, salah tajwid dan sebagainya…. Ada yang kata, lebih elok dia dan isteri serta anak-anak, SEMBAHYANG SENDIRI-SENDIRI dalam bilik masing2…. Allahu akbar!!....
LELAKI HARUS BOLEH MENJADI IMAM, supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah, dan mereka boleh menjadi CONTOH TELADAN kepada anak-anak, terutama anak lelaki, sebagai SEORANG AYAH YANG HEBAT…. Apatah lagi kalau si ayah dapat memimpin USRAH KELUARGA bersama isteri dan anak-anak, seminggu sekali atau sebulan sekali….
Daripada Salamah binti al-Hurr r.'anhu, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, (maksudnya): “AKAN DATANG SUATU ZAMAN, PADA WAKTU ITU ORANG BANYAK BERDIRI TEGAK BEBERAPA LAMA, KERANA MEREKA TIDAK MENDAPATKAN ORANG YANG DAPAT MENGIMAMI MEREKA SOLAT”… (HR Ibnu Majah)….
*GAMBAR HIASAN SAHAJA*.....
PETUA ini elok diamalkan oleh isteri yang mahukan hati suaminya menjadi lembut, mudah berbincang, mudah menerima kebaikan, dan prihatin terhadap keluarga dan isteri serta anak-anak… Sebutlah NAMA-NAMA ALLAH YANG BAIK seperti berikut:
1] Ya Aziz = Maha Perkasa
2] Ya Jabbar = Maha Gagah Perkasa
3] Ya Mutakabbir = Maha Megah
BACALAH SETIAP LEPAS SOLAT, atau pada bila-bila masa, secara bersambung (Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir) 100 X, kemudian HEMBUSKAN kepada suami, sekiranya suami tidak perasan... Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak... Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami... Mudah-mudahan Allah yang Maha Gagah Perkasa, akan melembutkan hatinya... Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka pintu perhubungan atau pintu perbincangan...
Juga amalkan doa ini selepas zikir di atas: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"..... LAKUKAN DENGAN NIAT YANG IKHLAS... Bukan dengan niat agar suami 'TUNDUK' kepada kemahuan dan kehendak isteri.… Kerana jika ini niatnya, akan mendatangkan DOSA BESAR kepada isteri…
*GAMBAR HIASAN SAHAJA*.....
[Sumber FB Ustaz Ramli Joned]
No comments:
Post a Comment