Friday, October 6, 2017

Jangan Berhenti Berdoa




Doa Memohon Dimudahkan Urusan

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-kahfi 18: 10)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.


Doa memohon kemenangan dan mendapat keputusan terbaik

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim.” (Surah al-A’raf 7: 89)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.


Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan teguhkanlah pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum kafir.” (Surah al-Baqarah 2: 250)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera Jalut.


Doa agar tidak termasuk golongan jahat

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim.” (Surah al-A‘raf 7: 47)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh ashabul A‘raf ketika melihat ahli neraka.

Doa berserah kepada Allah
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 

“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!” (Surah al-mumtahanah 60: 4)

Catatan: Doa ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.


Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah al-Baqarah 2: 201)


No comments:

Post a Comment