Sunday, October 22, 2017

Menggapai Keluarga Sunnah




Perkongsian Mengenai Keluarga Sunnah

🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Allah hujani rezeki ke dalam rumah mereka.  
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga. 
🔴 Wujudkan waktu Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV. 
🔴 Elakkan menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari. 
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih. 
🔴 Hindari sikap MALAS. Allah benci dan menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan media sosial media, kurangkan berhibur. Itu punca malas. 
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, bererti keluarga kita masih jauh dari Allah. 
🔴 Kenal, percaya dan RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah. 
🔴 Ciri-ciri rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah s.a.w. sebagai tetamu. Adakah kita akan rasa malu atau mengelak, sorokkan majalah, DVD, frame gambar, atau kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (sebab lama tidak dibaca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada. 
🔴 Nafkah wajib suami kepada isteri: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau ibu mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia. 
🔴 Jangan merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tidak sedap, kurang sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isteri, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tidak pernah merungut kerana ia adalah salah satu tanda hati telah hitam. 
.
🔴 Bersihkan hati yang hitam dengan  kerja-kerja kotor seperti cuci tandas, bersihkan rumah. Kerja-kerja sebegini akan membersihkan dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, ulang dalam hati-- "Aku bukan siapa-siapa, tiada apa-apa, tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 
🔴 SABAR setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak
Betulkan diri sendiri dulu. Kekadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang  yakin dengan Allah, tidak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri. 
🔴 Jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita. 
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak. 
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan. 
🔴 Jangan pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda s.a.w. bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan. 
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. Kalau hendak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang! 
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun pasangan tidak pandai menghargai, ego, jahil, dan tidak membalas kebaikan tersebut. Setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab ingin Allah sayang, bukan kerana mahu pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia! 
🔴 Baiti Jannati. Rumahku syurgaku di dunia. Yang tidak berusaha mencapai syurga dunia, tidak akan mampu beroleh syurga di akhirat. 
🔴 Suami rajin tolong basuh pinggan, tolong sidai baju, tolong mandikan anak-anak, sedia mendengar cakap isterinya, bukan suami dayus. Suami dayus, adalah suami yang tidak mampu membimbing isteri ke jalan Allah, menjaga aurat isteri, membentengi isteri dari azab api neraka. 
🔴 Rumahtangga sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia. 
🔴 Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah. Sujud kepadaNya.
🔴 Kualiti keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya. 
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Sedekah itu lebih tajam daripada doa. 
🔴 Keluarga itu asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah. 
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah" atau cemburu.  Ini perlu ntuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri hendak keluar dengan kawan-kawan, suami boleh izinkan dengan syarat, aurat terpelihara, pergaulannya terjaga. 
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badaiSurah At-Taubah, ayat 128-129. 
🔴 Doa supaya keluarga sentiasa jaga solatSurah Ibrahim, ayat 40.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa dan jadikan anak-anak lebih taat: Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.
Semoga beroleh manfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga.

[CNP] 

No comments:

Post a Comment