Luahan hati seorang rakyat Malaysia yang dipetik daripada facebook peribadi beliau ini membuat ibubapa terkesima. Perenggan awalnya akan membuat kita ‘gemuruh’ bila ia melibatkan soal ritual agama. Tajuknya berbunyi,
*Apabila Guru............*
1. PT3 anak aku bermula hari ni tapi aku sikit pun tak terasa excited. Bacaan Yasin dan solat hajat sekolah aku boikot. Doa sendiri-sendiri untuk anak aku pun aku tak buat specifically untuk "berjaya PT3". Just doa general "penyejuk mata" je.
Ini adalah kerana aku bengang giler.
2. Anak aku dapat 9A trial PT3 hari tu, tapi aku tak cakap Alhamdulillah pun. Buat apa? Tak layak untuk aku memuji Allah sekiranya result itu adalah result haram. Kerana cikgu-cikgu telah kasi "hint"=soalan bocor untuk kesemua subjek tersebut.
3. Sekarang ni Muhammad tengah ambil paper BM. Daripada "hint" yang dia dapat, soalan karangan adalah pasal "Kelebihan Buah-Buahan Tempatan". Peribahasa dan ayat-ayat kesalahan tatabahasa pun cikgu dah ajar.
4. Dalam pkul 11 pagi, paper Math pulak. Cikgu sekolah dah seminggu pulun sakan satu "mock paper" yang katanya "seakan-akan" soalan PT3, kecuali dia ubah nama dan nilai angka. Tapi soalan dan KBAT sama. Anak aku ada terusaha "latihan" budak-budak sekolah lain waktu study di public library, memang sebijik juga.
5. Esok pagi English, karangan adalah pasal 'report on school clean-up'=gotong royong. Science pulak salah satu soalan KBAT dia adalah tentang roda, kereta dan belon, macam mana nak aksi gerak lajunya. Lusa KHB dan Agama Islam, cikgu dah beri topik specifik untuk dibaca, Yang lain boleh tinggalkan.
6. Bear in mind, soalan PT3 itu berbeza antara sekolah-sekolah. Its not standardised and centralised macam kita dulu. So "hint" anak aku, mungkin tak an keluar di sekolah anak-anak kalian. Pejabat Pendidikan sudah sediakan beberapa set soalan PT3 dan sekolah akan putuskan hendak set mana satu, A ke B ke C dll.
7. Sekolah akan print sendiri set soalan pilihan mereka dan ada cikgu yang ditugaskan untuk check soalan-soalan tu printed elok atau tidak, soalan cukup atau tidak dll. Di sini ada crack pertama di dalam sistem ni. Kalau cikgu tu corrupt, mudah saja dia bocorkan soalan.
8. Petua untuk ibu bapa bakal pengambil exam masa hadapan. Tuisyen sekolah yang last minute seminggu sebelum exam tu jangan biar anak-anak miss. Itu tuisyen 'special', sekolah nak kasi tongkatlah tu. haha..
9. Jadi.. mana aku tak bengang. Aku dah cuba mendidik anak aku menjadi 'a decent muslim human being',tapi sekolah ajar, 'its okay to 'menipu'.
10. Sudahlah batch anak aku ni yang satu Malaysia trauma kena re-sit UPSR 2014 sebab soalan bocor besar-besaran dulu. Cikgu pula beri kertas soalan sebenar dalam WhatsUp. Bila siasat tak ada siapa pun yang didapati bersalah. Yang cikgu-cikgu sibuk buat tuisyen malam-malam sebelum exam, bukan untuk mengajar subjek tu, tapi nak suruh budak-budak hafal mnemonic A,B,C,D,E skema jawapan.
Batch inilah yang akan jadi syaitan terbesar dalam sejarah negara di segi soal korupsi dan pecah amanah.
11. Ibu bapa tak perlu buat-buat innocent. Kalian sedar cikgu-cikgu sedang beri soalan bocor setiap kali test. Memang sifat manusia, tidak mengapa kalau corruption tu manfaat buat diri sendiri, kan? Suka bila anak-anak sendiri dapat soalan bocor."
Sebab itu ada pusat tuisyen tertentu yang popular di kalangan ibu bapa k kerana adanya "pelacur pendidikan" yang dok menjual maruah profesion perguruan negara ni!!
12. Mulanya aku nak komplen pada sekolah, tapi isteriku larang. Katanya paper PT3 ni cikgu sekolah sendiri yang marking dan kemudian submit the report kepada central. Lepas tu akan datang external audit yang akan ambil 3 result terbaik dan 3 yang terburuk untuk tengok marking cikgu tu ikut standard atau tidak. So in other words, cikgu sekolah sekarang menjadi sangat berkuasa. Kalau bergaduh dengan cikgu sekolah kau atau rakan-rakan dia, fuhh bahaya...
13. Tapi aku sebenarnya tak bengang kepada cikgu semata-mata. Bagi aku mereka pun mangsa keadaan. Punca maslahat ni adalah apabila ahli-ahli politik dan Kementerian menjadikan prestasi exam sebagai KPI guru dan sekolah. Quality murid berbeza setiap tahun okay, jadi logiklah kalau prestasi turun naik. Kita tengok anak kita sendiri pun dah nampak. Ada yang pandai dan ada yang lembab. Bukannya makin bongsu makin cerdik pun.!!
14. Jadi apabila kena pressure untuk improve setiap tahun oleh guru besar, dan kementerian, cikgu mana yang tak crack. Stress jadi cikgu ni tau. Kita tak boleh imagine. Tiap kali aku pergi jemput anak di sekolah terasa macam dalam zoo. Kalau aku yang jadi cikgu, mungkin aku dah masuk penjara sekarang kot sebab aku bunuh 2-3 ekor students.
15. Jadi PT3 anak tahun ni, aku lepak saja. Walau apa result dia pun, aku akan remind anak aku sebagaimana aku nasihat dia selepas trial exam dulu. Sistem corrupt, cikgu corrupt, maka result kau pun corrupt.!!
Its not a real indication of how clever you are. Just how much you can remember soalan-soalan bocor yang cikgu ajar. Pasrah sajalah. Welcome to Malaysia, where corruption is taught at school.
[Dikongsi melalui FB Warga Prihatin]
No comments:
Post a Comment