serenemaklong.blogspot.com
ANDAI 3 individu berbeza meminjam pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.
Individu kedua pula memulangkan pinggan dalam keadaan yang masih kotor, tidak berbasuh. Pinggan itu kita basuh sehingga bersih, kemudian ia diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai, tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan kecuali membuangkannya ke dalam tong sampah yg hina.
Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan selayaknya bagi kita iaitu syurga.
Jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.
Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak iman sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina buat selama-lamanya - ibarat pinggan yang tiada nilai lagi.
Kita semua pernah melakukan dosa. Jalan terbaik melepaskan belenggu dosa dari tengkuk sendiri adalah dengan bertaubat. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun.
No comments:
Post a Comment