serenemaklong.blogspot.com
ALAHAN adalah masalah kesihatan lazim yang dihadapi semua golongan tanpa mengira usia. Namun, tidak semua orang terdedah atau berisiko mengalami alahan. Pemerhatian menunjukkan, jika ibu bapa mengalami alahan, anak-anak lebih berisiko tinggi untuk menghadapi situasi sama.
Perunding Pediatrik DEMC Specialist
Hospital, Shah Alam, Dr Iftikhar Ahmad Mohamed Akup berkata, allergic rhinitis
atau alahan adalah radang yang biasanya berlaku di sekitar hidung akibat
terdedah kepada faktor alergen terutama alam sekitar seperti debunga, hama,
debu, habuk, kulapuk dan haiwan.
Dalam hal ini,
adalah mustahil untuk mengelak anak-anak dari terdedah kepada faktor alergen. Penyumbang
ini ada di mana-mana.
Namun, pelbagai
cara boleh dilakukan bagi menyediakan persekitaran baik dan sihat bagi mengelak
masalah alahan. Langkah pertama ialah dengan mengenalpasti faktor alergen itu
terlebih dulu.
Ini disusuli langkah membasmi atau mengurangkan risiko terdedah kepada faktor alergen bermula dari rumah.
Ibu bapa boleh mula melakukannya dengan memperbaiki kualiti udara dalam rumah. Antaranya ialah menjadikan rumah sebagai zon larangan merokok; mengelak pembakaran kayu api dan jangan gunakan penyegar udara, sabun atau penyembur serangga berbau wangi. Selain itu, anda digalakkan untuk memasang penghawa dingin dan menukar penapisnya secara berkala.
Jika langkah itu tidak mencukupi, anda boleh memasang penapis udara di bilik anak-anak atau bilik permainan mereka.

Habuk dan hama
adalah satu lagi faktor lazim yang menyebabkan alahan di rumah. Hama adalah
pepijat bersaiz mikroskopik yang hidup dengan memakan sel kulit mati manusia
dalam habuk di serata kediaman, terutama pada perabot, cadar, tilam dan karpet.
Bagi mengurangkan hama, bersihkan rumah terutama bilik anak secara kerap dengan vakum seminggu sekali. Kesat habuk dengan kain lembap supaya ia tidak melayang. Elak bantal kekabu atau bulu, sebaliknya pilih batal diperbuat daripada bahan sintetik.
Cuci cadar anak-anak seminggu sekali dengan air panas. Alihkan karpet dan tanggalkan dari dinding bilik anak anda dan ruang permainan mereka. Pastikan hamparan di rumah mudah dibasuh dan dibersihkan dengan air panas.
Simpan koleksi buku anak-anak di bilik lain kerana boleh menjadi perangkap habuk. Permainan anak-anak yang boleh memerangkap habuk dan hama perlu disimpan dalam beg plastik berasingan. Bagi permainan kegemaran, basuhlah ia sekerap mungkin.
Selain itu, kulapuk dan kulat pula boleh membiak di permukaan lembap seperti bilik mandi dan bilik bawah tanah. Seperti debunga, kulapuk membiak dengan melepaskan debunga di udara. Dalam hal ini, kanak-kanak yang sensitif dengan debunga kulapuk, boleh mendapat alahan termasuk lelah.
Sehubungan itu, pastikan bilik air mempunyai peredaran udara yang baik dengan kebocoran dan kerosakan diperbaiki segera. Selain itu, tanggalkan kertas dinding dan karpet dinding di bilik air dan bilik bawah tanah; elak pokok hiasan; ganti atau cuci langsir pancuran; tukar marmar yang sudah berkulat di siling dan periksa paip bocor yang menyebabkan kehadiran kulat.
Seperkara lagi, haiwan juga boleh menjadi punca alahan. Kajian menunjukkan kira-kira 30 peratus daripada mereka yang menghidap lelah, alah kepada haiwan. Ini kerana tubuh memberi tindak balas protein tertentu terhadap air liur, air kencing atau sel mati haiwan terbabit.
Bulu haiwan bagaimanapun tidak menyebabkan alahan, tetapi ia memerangkap hama, debunga dan kulapuk. Haiwan yang dikurung seperti burung akan menghasilkan najis yang menarik kulapuk dan habuk.
Jika anda memiliki haiwan peliharaan di rumah dan anak-anda alah kepadanya, saranan terbaik ialah mendapatkan kediaman baru untuk haiwan terbabit.
Lima langkah mudah kurangkan risiko alahan

Alas semua tilam anak dengan cadar
bersih
Simpan semua permaidani
Kurangkan habuk
Hapuskan serangan haiwan perosak
Jadikan kediaman zon bebas merokok.
(Sumber: Suzan Ahmad/Berita Harian)
No comments:
Post a Comment