Wednesday, February 6, 2013

Jam Tangan Pun Tak Ada!!!


serenemaklong.blogspot.com

RAMLI, seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi malam. Pakcik Aman, seorang lelaki tua yang duduk di sebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Ramli bertanya kepada Pakcik Aman, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Suatu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun sungguh di luar dugaan, Pakcik Aman berdiam diri sahaja.
"Mungkin Pakcik ni kurang pendengaran agaknya," fikir Ramli. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun Pakcik Aman tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Ramli mencuit Pakcik Aman dan berkata, "Saya hairan mengapa Pakcik tak jawab soalan saya? Salahkah saya bertanya?"

Pakcik Aman menoleh sambil berkata, "Bukan pakcik tak mau jawab. Kalau dijawab, kita nanti akan berbual mengenai soal ini, soal itu, dan akhirnya kita bertambah mesra."
Ramli termangu mendengar ceramahnya. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

"Apabila anak dara dan isteri Pakcik datang menjemput di Kuala Lumpur nanti, tentu kita akan turun bersama-sama. Dan Pakcik kena kenalkan mereka kepada kamu. Isteri Pakcik ramah dengan semua orang. Pakcik takut nanti dia mempelawa kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah Pakcik, dan juga akan turut menjamu selera. Setelah itu kamu akan menjadi rapat dengan anak dara Pakcik dan akan menjadi boyfriend dia. Lama-lama kamu akan menjadi menantu Pakcik pulak," terangnya lagi.

Ramli yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan soalan yang pertama tadi?”

Sambil berdiri Pakcik Aman menjawab dengan lantang,"Masalahnya, Pakcik tak mau kamu jadi menantu. Jam tangan pun tak ada. Macam mana nak ambil berat pasal waktu solat!".. :-)

No comments:

Post a Comment