serenemaklong.blogspot.com
INTERNET merupakan saluran utama
untuk mendapatkan maklumat secara mudah dan cepat. Namun Internet juga secara
tidak langsung dapat meracuni pemikiran golongan muda hari ini.
Remaja dan kanak-kanak bebas
melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti laman web
lucah. Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks
seperti kes rogol, cabul kehormatan dan sebagainya.
Kaedah terbaik mengenai penapisan
dan sekatan terhadap akses kepada laman web luch ini adalah melalui kesedaran
pada diri sendiri dan pendidikan. Bagaimanapun, memang ada cara untuk
menghalang alamat domain tertentu yang tidak mahu dilawati.
Tukarkan tetapan dns untuk
menggunakan opendns.org
yang mana ia adalah pekhidmatan dns dengan ciri yang tidak ada pada
perkhidmatan dns lain.
Tahukah anda, opendns.org bercirikan penapis kandungan penyekat domain dan penapis
laman web lucah. Pengguna boleh memilih kategori laman web yang hendak
dihalang.
Komuniti di sebalik tabir opendns.org membantu mengkategorikan laman web yang sudah ditandakan
dan membuat undian sama ada ia daripada kategori penanda yang selamat atau
sebaliknya.
Cara menggunakannya amat mudah yang
mana pengguna hanya perlu menaip alamat laman web terbabit. Misalnya, www.hmetro.com.my . Pertanyaan ini akan
dihantar ke pelayan dns yang dipasang di komputer atau router. Dalam kes ini, ia adalah pelan opendns.org
Pelayan opendns.org akan mengenal pasti sama ada laman web itu berada dalam
kategori yang disekat atau tidak. Jika ia berada dalam kategori disekat, ia
akan kembali dan memaparkan mesej ralat. Jika tidak, ia akan keluar seperti
biasa.
Ibu bapa boleh menggunakan perisian
ini untuk menyekat anak-anak mereka daripada melayari laman web lucah atau
memuat turun kandungan tidak sopan ke komputer mereka.
Ikuti langkah berikut untuk
menggunakan pelayan opendns.org:
· Masuk ke http://opendns.org
dan klik ‘get started’.
· Pilih persekitaran yang betul. Dalam kes anda, pilih
untuk menukar tetapan DNS dalam router;
· Pilih router
dan ikut saja arahan diberi;
· Daftar dan log masuk
untuk membolehkan anda melaraskan perkhidmatan.
(Sumber: Harian Metro)
No comments:
Post a Comment