serenemaklong.blogspot.com
SEMUA
orang mengidamkan bentuk tubuh menawan, tetapi adakalanya mengawal pemakanan
dan bersenam sahaja tidak memadai untuk membantu memiliki bentuk tubuh
sedemikian.
Mungkin rawatan 'Liposonix' iaitu suatu prosedur mengurangkan lemak tanpa melibatkan pembedahan, boleh membantu. Rawatan selama sejam yang tidak memerlukan penjagaan susulan ini menggunakan teknologi ultrasound termaju yang mampu menghapuskan lemak yang tidak diingini untuk selama-lamanya, termasuk lemak yang dianggap degil.
Seseorang yang menjalani rawatan ini boleh terus kembali aktif seharian, tanpa perlu isau tentang kesan sampingan yang mungkin dialami. Bagaimanapun, hasil optimum daripada rawatan ini akan lebih ketara selepas lapan hingga 12 minggu.

Rawatan
ini 100 peratus selamat dan merupakan suatu kaedah yang tidak bersifat invasif
serta hanya memberi ketidakselesaan minimal. Sebelum menjalani rawatan, bakal
pesakit akan ditemubual dan diberi taklimat mengenai kaedah yang digunakan
serta perkara yang akan dialami semasa rawatan.
Bagaimanaun, tisu adipos setebal kurang 1.0 sentimeter di bahagian yang ingin dirawat dan mereka yang menggunakan implan atau sebarang bendasing di kawasan yang ingin dirawat, tidak sesuai mendapatkan rawatan ini.
Rawatan ini menggunakan tenaga ultrasound berkepadatan tinggi terfokus atau HIFU untuk mengurangkan lemak di bahagian pinggang, tanpa melibatkan pembedahan. Ketika rawatan, kepala alat Liposonix diletakkan pada bahagian yang hendak dirawat, tanpa mencederakan kulit. Hanya tisu lemak di bawah kulit yang akan musnah untuk selama-lamanya.
Kata Dr Liow Tiong Sin, pakar estetik dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur, lemak yang dirawat itu akan dikeluarkan secara semula jadi. Rawatan ini dikaji secara mendalam melalui penyelidikan dan ujian yang dilakukan selama lebih satu dekad dan sejak ia mula dicipta. Di Amerika Syarikat, sistem ini hanya digunakan untuk merawat abdomen dan bahagian sisi tubuh, manakala di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada, ia juga digunakan untuk merawat bahagian pinggul, paha dan punggung.
Liposonix lebih sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang memiliki Indeks Massa Tubuh (BMI) tidak lebih 30. Ia pertama kali digunakan di Hong Kong pada Jun tahun lepas, manakala Malaysia menggunakan mesin pertamanya berharga RM360,000 mulai November 2012.
Setelah menjalani rawatan, pesakit tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus. Yang perlu mereka lakukan ialah terus mengamalkan diet dan gaya hidup seperti yang diamalkan sebelum menerima rawatan ini.
Ketika dirawat, ada pesakit yang mungkin berasa kurang selesa dan sakit. Selepas itu, kulit mungkin berubah menjadi merah, lebam, bengkak dan berasa tidak selesa untuk seketika.
Kini, semakin ramai yang mementingkan keterampilan diri memilih kaedah ini bagi membuang lemak yang tidak mereka ingini untuk memiliki bentuk tubuh yang diimpikan.

No comments:
Post a Comment