Wednesday, February 27, 2013

3 Sifat Merugikan


serenemaklong.blogspot.com




ADA tiga sifat dan sikap kebiasaan manusia yang dimurkai oleh Allah SWT iaitu:

BURUK LISAN: Mulut bagai muncung teko yang mengeluarkan isi. Jika ingin melihat kualiti diri, lihatlah kata-kata yang keluar dari mulut. Rasulullah saw bersabda,”barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.”(HR. Bukhari dan Muslim).

BURUK SANGKA (Su’uzhan): Allah SWT berfirman, ”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah seseorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Al  Hujurat, ayat 12.

Selain merosakkan hati, kebahagiaan, dan akhlak, buruk sangka juga merosakkan kedudukan kita di sisi Allah SWT. Oleh itu, latihlah hati dan fikiran kita untuk selalu positif dan terhindar daripada berburuk sangka terhadap orang lain. Paling berbahaya bila  kita sudah mulai berprasangka buruk kepada Allah SWT. Na’uudzubillahi min dzaalik.

RIYA: Salah satu syirik kecil di mana pemilik sifat ini  selalu mengharapkan pujian dari orang lain atas segala amal baiknya. Allah SWT mengibaratkan amalan orang yang riya’ bagai batu licin yang di atasnya ada tanah, lalu hujan lebat menimpanya, maka ia menjadi bersih dan tidak meninggalkan bekas.

Sebaik-baiknya kita jauhi 3 sifat ini supaya kita tidak menjadi hamba Allah yang rugi di akhirat kelak. Jadikan hati kita taman bunga indah yang disenangi oleh seluruh makhluk alam.





No comments:

Post a Comment