Sunday, February 3, 2013

Lucu Mendidik (1)



serenemaklong.blogspot.com


Sepasang suami isteri sedang berbual di rumah mereka:
Isteri:Abang, kenapa hak cerai itu diletakkan pada suami ?
Suami: Sebab perempuan akalnya pendek.
Isteri:Macam mana akal pendek tu?
Suami:Ada masa, nanti abang cerita.
Pada hari ulang tahun perkahwinan, mereka berdua pergi ke kedai emas:

Isteri: Abang, belilah gelang emas ni. Ayang teringin nak pakai, pleasee….
Suami:RM24,000? Mak oi, mahalnya!!!
Isteri:Belilah. Abang sayang Ayang tak ?
(sambil buat muka kesian,muka comel,muka sedih dan macam-macam muka lagi)

Selepas 2 minggu:

Suami: Ha, kenapa tak pakai gelang tu ?
Isteri: Beratlah, bang. Lenguh tangan. Nak basuh baju susah. Nak basuh pinggan susah. Nak tidur pun rimas. Nak bawak pakai jalan-jalan takut kena tetak tangan, kena ragut. Hish, takuut!!!
Suami:Habis tu, dulu merengek-rengek suruh beli buat apa?
Isteri:Biarlah, Abang yang bayar, bukan duit Ayang.

Moral of the story
Kalau lafaz cerai diletakkan di tangan isteri, gerenti suami kena cerai masa di kedai emas sebab tidak bayar duit beli gelang emas itu!!!



           

No comments:

Post a Comment