Sifat Dermawan Orang Kelainan Upaya
serenemaklong.blogsot.com
BAYANGKAN, jika seorang
anak kelainan upaya bersedia menghulurkan bantuan, mengapa kita yang serba
sempurna di segi fizikal dan kononnya 'lebih baik' ini tidak demikian?
Seorang anak kelainan upaya berjalan merangkak di depan meja yang bertanda 'Derma'. Orang-orang yang berada di tempat itu menyangka mungkin dia salah seorang
yang akan menerima sumbangan.
Tetapi perkara yang berlaku setibanya di meja `Derma` memang tidak diduga!
"Saya nak derma juga!" katanya. Dia menuang duit-duit syiling dari mangkuknya. Para petugas menghulurkan tangan untuk
membantu, tetapi dia hendak melakukannya sendiri.
Mereka tidak terkata apa-apa kerana yang
didermakannya kepada Lembaga Amal itu adalah hasil jualan kraftangannya sendiri.
"Saya ada duit lain lagi," katanya penuh
bersemangat sambil menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping
wang RM10 dan menyerahkannya kepada petugas.
"Sesungguhnya
jika kita berbuat kebaikan, kita bukan saja sedang membantu orang atau mahkluk
lain, tetapi kita juga sedang membantu diri sendiri agar menjadi lebih bahagia.
Carilah kebahagiaan dengan memberi dan berkongsi."
No comments:
Post a Comment