Tuesday, July 19, 2016
Soal Hati - Cari Allah Dulu
HATI YANG BERSIH takkan pernah menyakiti hati orang lain. Jika disakiti, dia membalasnya dengan senyuman.
HATI YANG SUCI takkan pernah mengecewakan orang lain. Jika dikecewakan, dia membalasnya dengan kesabaran.
HATI YANG TENANG takkan pernah merasa memiliki sesiapa atau apa-apa kerana baginya itu pinjaman.
HATI YANG LAPANG takkan merasa sedih ketika kehilangan.
Hati yang bersih, suci, tenang dan lapang menghasilkan rasa BAHAGIA. Di mana letaknya rasa bahagia? Letaknya di dalam jiwa!
Umum mencari bahagia pada HARTA, KUASA dan MANUSIA. Bila gagal dimiliki, rasa kecewa. Bila berjaya dimiliki, bahagianya hanya sementara dan natijahnya kosong belaka.
Apa yang benar-benar lestari ialah segala yang ada di sisi Allah --- REDHA, RAHMAT, SYURGA.
Jenguklah ke dalam hati. Ajar ia MENCARI ALLAH DULU DALAM APA JUA SUASANA.
Harta, kuasa dan manusia yang diurus mengikut ketetapan Allah mampu membeli nikmat luas di syurga.
Harta, kuasa dan manusia yang diurus mengikut telunjuk Syaitan bakal menempah ruang himpit di neraka.
Letakkan semua pinjaman-Nya di tangan, bukan di hati.
BUAT TANPA TAPI, BERUSAHA TANPA HENTI…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment