Sunday, July 3, 2016

Rawatan Sakit Kepala


Terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan. In sya Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.


Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak di atas leher, atau titik tempat leher dan kepala bersambung. Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin.” Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.


Cuba letakkan ais pada Titik Feng Fu ketika badan terasa letih atau kepala terasa pening, selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin terasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat. Badan akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. Beberapa pengidap migrain sendiri, mengaku terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi ini juga dapat meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini merangsang pelepasan endorfin ke dalam aliran darah

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Rasai keajaibannya dengan perlakuan yang kerap. In sya Allah.

No comments:

Post a Comment