Sunday, July 10, 2016

Kebergantungan Sesama Manusia


Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.
Masa mati ibubapa perlukan doa anak.


Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap memerlukan orang lain untuk menguruskan jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada, dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau kaya manapun seorang manusia, dia tetap perlu berurusan dengan orang lain.
Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.


Inilah manusia... *Lemah*, walau sehebat manapun kita di dunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik dan terhebat? Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat, iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagiaan. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita. Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri. Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merancang sesuatu. Pasti ada hikmahnya. Sama-sama kita renungkan...

No comments:

Post a Comment