Sunday, July 10, 2016

Rahsia Al Fatihah


Rahsia AL FATIHAH:

1. Al Fatihah - Seringkali dibaca untuk arwah.
2. Al Fatihah - Tanpa membacanya solat Tidak sah
3. Al Fatihah - Menjadi petunjuk bagi yANg buntu dan resah.
4. Al Fatihah - Dibaca ketika merindui seseorang.
5. Al Fatihah - Dibaca dan ditiup pada beras, diberikan kepada anak yang bemasalah.
6. Al Fatihah - Salah satu surah penawar sihir.
7. Al Fatihah - Terjemahannya indah, menghafalnya mudah.
8. Al Fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al Fatihah - Sunat dibaca ketika diri sedang marah.
10. Al Fatihah - menenangkan jiwa, tiada resah walaupun hidup bergelut.

FADHILAT AMALAN MENGHADIAHKAN AL FATIHAH:

Seorang lelaki mula mengamalkan membaca Al Fatihah sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w. Lelaki itu serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah mula menjadi tabiat setiap kali selesai solat. Dia menghadiahi Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w., kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Mudah sahaja. Hanya beberapa minit saja yang diperlukan. Tetapi perkara yang mudah, tidak akan mampu dibuat tanpa hidayah. Perkara yang mudah juga gagal dibuat secara istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca Al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya.Jangan lupa hadiahi diri sendiri juga. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. Segala kebaikan yang kita kirimkan kepada orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah. In sya Allah, semoga mendapat barakah berterusan hingga ke jannah. Aamiin.

No comments:

Post a Comment