Saturday, July 9, 2016
Jangan Hilangkan Rezeki Keluarga
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Sebaiknya, berbincanglah dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan tersekat.
Usahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut, menyesal, atau rasa terbeban. Berikan kasih sayang kepada anak-anak, kerana setiap anak adalah rezeki Allah S.W.T.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, tidak kira banyak atau sedikit, kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
Jangan terlalu berkira dengan keluarga, tetapi tidak berkira dengan kawan-kawan. Perlu ada tolak ansur dan faham sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.
Jangan meninggikan suara, mengherdik atau membentak, apalagi memaki hamun serta mengugut. Gunakan kata-kata yang baik sesama suami, isteri dan juga anak-anak. Jangan menakut-nakutkan ahli keluarga. Tanamkan layanan yang penuh mesra dan kasih sayang.
Bersabarlah dalam menangani kerenah masing-masing. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka, tetapi, tetap perlu bersabar. Sabar itu rezeki.
Sentiasa dekatkan diri kepada Allah, dan mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingat mereka dalam doa, selepas setiap solat.
Wallahu a'lam.
[Dari FB Ustaz Ramli]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment