Monday, July 11, 2016
Niat - Buatlah Kerana Allah
Jika kita berusaha membaiki niat, Allah akan membaiki perihal kita. Jika kita mendambakan kebaikan bagi orang lain, kebaikan akan mendatangi kita tanpa diduga.
KONGSI KEKHUATIRAN TARBIAH SENTAP:
Ramai orang sekarang boleh cakap, boleh bagi ceramah, talk dan sebagainya.
Ramai juga orang yang boleh ber"dakwah" dengan penulisan, menulis status islamik di Instagram, FB, Twitter, Blog dan sebagainya.
Ramai juga yang boleh menjadi naqib usrah, merubah orang, di sanjung ramai, banyak followers, di pandang mulia dan tinggi, dan sebagainya.
TAPI..... Tak ramai yang mampu AMAL apa yang mereka dakwahkan, segala yang mereka cakap, segala yang mereka tulis, segala yang mereka twit, segala yang mereka laung-laungkan.
Akhirnya, golongan sebegini, cuba renung. Ya, renung..
"Selama ni aku dakwah sebab nak dapat followers, nak dapat banyak like, nak popular, nak disanjung, nak kena puji, ATAU nak redha ALLAH?"
Kerana, orang yang berdakwah kerana Allah, mereka amat menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia. Menjaga tahajud, Quran, zikir, menjaga akhlak, menjaga sifat malu, meninggalkan maksiat dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan.
Tetapi, orang yang berdakwah kerana nama, kerana nak followers, nak di sanjung, mereka hanya menjaga hubungan dengan manusia.Tetapi, hubungan dengan Allah, mereka abai. Solat, zikir, tahajud, Quran mereka tak kerap, maksiat mereka buat, ikhtilat tak jaga, couple islamik, dan sebagainya.
Wahai pendakwah, bertaubatlah(saya pun kena taubat juga.) Ingatlah, antara golongan yang masuk NERAKA tanpa hisab ialah golongan yang berjihad bukan kerana Allah, tetapi kerana nama dan mahu disanjung dan dipuji.
Cuba fahami hadis ini, dan, menangislah!!!
Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya manusia pertama yang di adili pada hari kiamat adalah orang yang MATI SYAHID di jalan Allah. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman: ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (terlungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka…” (HR Muslim)
Nauzubillah. Cuba baca hadis itu berkali-kali!
Orang yang paling awal masuk neraka ialah orang yang mati syahid, yang pergi perang, berjihad, tetapi bukan kerana Allah. Di sudut hati, mereka nak di sanjung, nak nama, nak bangga. Akibatnya, Allah campakkan dirinya ke dalam neraka!
Cuba check balik diri kita. Sejauh mana kita ikhlas dalam dakwah ini? Semoga Allah ampunkan kita semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment