Saturday, July 2, 2016

Khasiat Tauge


Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Mengikut kajian yang dijalankan, tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama seperti estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Waktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponin meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit
strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian. Saponin dalam tauge menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menjadikan tauge sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Tauge membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang benih kanser.

[Bernama Radio 24]

No comments:

Post a Comment