Saturday, July 30, 2016

Didik Anak-Anak Jadi Khalifah


Kita terlalu sibuk mendidik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa mendidik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.

Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa mendidik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.

Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.

Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tidak ingat hendak ajar anak lelaki jangan sentuh, jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.

Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana hendak melalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tidak mengandung luar nikah? Perasan tak lelaki kena urus diri sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tidak ada yang pendekatan untuk membantu mereka melalui alam keremajaan serba keliru itu??

Kita rasa membela seorang anak perempuan lebih susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelakilah maka kaum perempuan tertindas. Kerana tidak terdidiknya lelakilah perempuan automatik berdikari.

Wahai ibu, wahai bapa, didiklah anak-anak lelaki dan perempuan sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki yang 'terabai' dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.

[Sumber: Iman Plymouth]


Kahwin bukan hanya cinta, bermanja, pimpin tangan sama-sama ke Syurga. Separuh agama kita jadi sempurna bila berkahwin, sebab kahwin itu mengajar kita sabar, ikhlas, toleransi, jadi pengurus, jadi ketua, jadi hamba, fikir panjang, realistik, kenal pasangan, kenal diri sendiri,tanggungjawab, setia, jujur, pegang janji, usaha sungguh-sungguh, pengorbanan, kematangan, kawal emosi, hormat, jaga maruah, hidup bermasyarakat, hidup berkeluarga, dan macam-macam lagi.

Jangan ingat mudah. Jangan ambil mudah.

[Nukilan Noor Azizah] ‬

No comments:

Post a Comment