Hari di mana seseorang hamba mentaati perintah Tuhannya, mengingati Dia dan mensyukuri nikmatnya maka itulah HARI RAYA.
Pada suatu Hari Raya kaum muslimin masuk ke rumah Amirul Mukminin Khalifah Umar bin Abd Aziz untuk mengucapkan tahniah.
Bila semua lelaki dewasa bersurai, maka tibalah giliran anak-anak masuk. Antara mereka ialah anak Umar bin Abd Aziz sendiri yang memakai baju lusuh (lama) sedangkan anak-anak rakyat Umar semua memakai baju baru yang cantik. Lalu Umar bin Abd Aziz menitiskan mutiara jernih di matanya. Menangis sedih melihat keadaan anaknya, Ibnul Mubarak.
Apabila Ibnul Mubarak melihat ayahnya menangis. Beliau datang kepada Umar lantas bertanya, " Wahai ayah, mengapa ayah menangis?"
Lalu kata Umar, "Tiada apa-apa wahai anakku. Aku sedih dan gusar, takut hatimu terguris sedangkan engkau berada di tengah anak-anak rakyatku dengan baju yang lusuh dan mereka pula berbaju baru."
Lalu Ibnul Mubarak berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, yang patut sedih ialah orang yang hatinya mengenali Allah, lalu dia menderhakai-Nya, menderhakai ibubapanya. Saya bukan seperi itu. Demi Allah, Hari Raya itu layak bagi orang yang taat kepada Allah. Setiap hari yang tidak diderhakai Allah padanya maka itulah sebenarnya Hari Raya. Dan hari di mana seorang mukmin mentaati tuhannya, mengingatinya, bersyukur kepada-Nya maka itulah Hari Raya baginya. Bukanlah Hari Raya itu bagi orang yang berpakaian serba baru. Sesungguhnya Hari Raya itu bagi sesiapa yang amalnya bertambah, mentaati Allah yang bersifat Al-Majid dan terselamat pada hari kiamat (hari ancaman)."
Semuga kita dapat memahami maksud Hari Raya yang sebenarnya seperti yang telah diajarkan oleh para solihin terdahulu.Akhirat itu lebih baik dari dunia.
Taqabballahu minna waminkum.
[Dari FB Muharrik Daie]
AMALAN DI MALAM RAYA
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.” (Riwayat Ibnu Majah : 1772).
Pengajaran:
1. Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah.
2. Orang yang beriman akan menghidupkan malam Hari Raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira).
Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
3. Orang yang kufur ingkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.
No comments:
Post a Comment