Sunday, July 31, 2016
Jadi Revert Selepas Bedah Firaun
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun itu dikatakan hidup di zaman Nabi Musa tetapi akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia diperiksa untuk membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor tersohor, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am, pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya demi menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Jasadnya telah dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk “ Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden” (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah tahu mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggapnya sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898, sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15). Tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92).
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam, beliau kemudiannya pulang ke Perancis untuk mengkaji seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran itu selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden.” Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
Kisah Penjual Tauhu
Seorang penjual tauhu setiap hari menjual dagangannya di pasar. Untuk sampai ke pasar, dia perlu mengguna pengangkutan awam. Dari rumahnya, untuk sampai ke jalan besar yang menjadi laluan pengangkutan awam, dia perlu melalui kawasan sawah. Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual. Begitulah amalannya setiap hari, sebelum berangkat, dia berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya memang selalu habis.
Suatu hari, ketika sedang melalui sawah hendak menuju jalan besar, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah. Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis. Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan yang memberinya ujian seperti itu, padahal dia selalu berdoa setiap pagi. Akhirnya dia pulang tangan kosong dan tidak jadi berniaga pada hari itu.
Tetapi dua jam kemudian dia mendapat berita, kenderaan awam yang selalu dia naiki, pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar disebabkan tauhunya jatuh ke sawah dan pulang ke rumah membawa tauhu yang berkecai.
Pada sebelah petang, seorang penternak datang mencari dia kerana hendak membeli tauhu hancur untuk dicampurkan dengan makanan itik-itik ternakannya. Spontan penjual tauhu itu menangis kerana terasa betapa bertuahnya dia bila tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik tersebut.
PENGAJARAN
Doa tidak semestinya dimakbulkan mengikut permintaan. Kadangkala Allah mengganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta. Allah Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri. Kerana itu, jangan jemu berdoa, juga jangan sekali-kali merungut dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
Tuhan mengetahui, sedangkan manusia tidak tahu.
“Jika Allah menjawab doamu, Dia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu. Semoga hari ini dan hari-hari mendatang kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..
[Ustaz Iqbal Zain]
Saturday, July 30, 2016
Asbab Rasa Sakit
SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
KEBAS TANGAN
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
KEBAS KAKI
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
SAKIT TAPAK KAKI
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
SAKIT TUMIT KAKI
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
RASA PANAS DI TAPAK KAKI
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
● Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● _Bahagian atas menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
SAKIT KEPALA DAN RASA ANGIN KELUAR DARI TELINGA
● Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
RASA PENING YANG MEMUSING
● Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH
● Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH
● Darah merah, pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam, pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
● Tanda sakit jantung.
KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
● Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR
● Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
AIR KENCING BERDARAH
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT
● Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah, masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
BADAN
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
SAKIT MENYUCUK
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
SAKIT SENGAL
● Menandakan luka di dalam badan.
SAKIT MENYENTAP
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
SAKIT MENEGANG
● Proses melancarkan pengaliran darah.
BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
● Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
BADAN TERASA PANAS
● Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
BADAN TERASA RINGAN
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
RASA TAKUT MENGEJUT
● Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
CEPAT NAIK DARAH/MARAH
● Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
RASA BIMBANG DAN TAKUT
● Sistem paru-paru yang lemah.
RASA TERUJA ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
● Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
[Perkongsian dari Rina Muhd Yusuf]
Didik Anak-Anak Jadi Khalifah
Kita terlalu sibuk mendidik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa mendidik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.
Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa mendidik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.
Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tidak ingat hendak ajar anak lelaki jangan sentuh, jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.
Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana hendak melalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tidak mengandung luar nikah? Perasan tak lelaki kena urus diri sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tidak ada yang pendekatan untuk membantu mereka melalui alam keremajaan serba keliru itu??
Kita rasa membela seorang anak perempuan lebih susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelakilah maka kaum perempuan tertindas. Kerana tidak terdidiknya lelakilah perempuan automatik berdikari.
Wahai ibu, wahai bapa, didiklah anak-anak lelaki dan perempuan sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki yang 'terabai' dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.
[Sumber: Iman Plymouth]
Kahwin bukan hanya cinta, bermanja, pimpin tangan sama-sama ke Syurga. Separuh agama kita jadi sempurna bila berkahwin, sebab kahwin itu mengajar kita sabar, ikhlas, toleransi, jadi pengurus, jadi ketua, jadi hamba, fikir panjang, realistik, kenal pasangan, kenal diri sendiri,tanggungjawab, setia, jujur, pegang janji, usaha sungguh-sungguh, pengorbanan, kematangan, kawal emosi, hormat, jaga maruah, hidup bermasyarakat, hidup berkeluarga, dan macam-macam lagi.
Jangan ingat mudah. Jangan ambil mudah.
[Nukilan Noor Azizah]
Wahai Penguasa - Mana Tanggungjawabmu?
Menakutkan jika seseorang terpaksa hidup dalam sebuah masyarakat yang menjadikan orang-orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah. Sementara, penjenayah pula ditabalkan sebagai ketua dan dibela. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari keadaan seperti itu.
(Dr. MAZA)
"Sesiapa yang memegang mana-mana urusan kaum Muslimin namun dia tidak ambil peduli terhadap kesusahan, keperluan, kefakiran dan kepayahan mereka, maka ALLAH TIDAK AKAN PEDULI AKAN KESUSAHAN, KEPERLUAN, KEFAKIRAN DAN KEPAYAHAN YANG DIALAMINYA PADA HARI KIAMAT."
(Riwayat al-Hakim)
Wednesday, July 27, 2016
Amal Soleh - Tiket Ke Syurga
Seorang ahli sufi bernama Ibrahim bin Adham ingin memasuki tempat pemandian umum. Tetapi penjaga tempat itu menahan dia dan berkata, "Jika kamu tidak ada duit untuk membeli tiket, kamu tidak boleh masuk ke dalam."
Ibrahim Adham menangis sehingga tersungkur ke tanah. Ramai orang yang ingin memberikan wang untuk membeli tiket masuk untuknya. Ibrahim berkata,"Aku menangis bukan kerana wang atau tidak boleh masuk ke dalam tempat pemandian itu. Aku menangis sebab jika di dunia ini aku tidak diizinkan masuk, bagaimana kelak jika aku tidak boleh masuk Syurga? Apa jadinya kalau mereka tanyakan amal apa yang aku bawa? Aku tidak boleh masuk ke permandian kerana tidak mampu bayar. Lalu aku fikir bagaimana nanti aku akan masuk ke syurga bila aku tidak punya amal soleh yang mencukupi."
Mari kita renungkan bagaimana orang-orang beriman selalu membayangkan dirinya di akhirat kelak dengan melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia. Semoga kita selalu mengingati akhirat dengan segala kejadian yang kita alami di dunia
Apa Itu Dunia Akhirat dan Iman
Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya. Dia diberikan istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan. Satu hari Sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan. PERTAMA! Apa itu Dunia..? KEDUA! Apa itu Akhirat..? KETIGA! Apa itu Iman..?
Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja. Tidak mahu syarahan yang panjang. Menteri Agama terpinga-terpinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya. Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya. Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dengan titah bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.
Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya jika gagal memberi jawapan.Dia tidak dapat tidur, makan pun tidak lagi berselera, cakap pun sudah lain macam. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal. Akhirnya Menteri keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.
Masa hampir tiba. Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya. Sedang dia termenung, si Menteri tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun. Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti makan tengah hari dan solat Zohor. Diajaknya si Menteri makan bersama. Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap tidak langsung berselera lagi. Orang tua itu bertanya, "Tuan, nampak macam ada masalah..? Boleh hamba tolong..?"
Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syaratnya kepada orang tua yang baik hati itu.Soalan pertama, apakah itu dunia? Maka dijawab orang tua tadi..! *"Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing-masing..!"
Soalan kedua, apakah itu akhirat? Maka dijawab orang tua tadi..! Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing-masing..!"
Dan soalan ketiga, apakah itu iman? Maka orang tua itu pun berkata, "Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar!
Bila tiba waktu Asar, mereka solat Asar berjemaah. Selepas solat, si Menteri terus bertanya, *"Apa itu iman..?" Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengah hari. Orang tua itu memberi syarat, untuk memberi jawapan yang ketiga, dia mesti makan bersama anjing-anjing itu. Si Menteri berfikir berkali-kali. Makan dengan anjing ni najis berat. Tak makan nanti jawatan lesap, harta melayang, hidup susah dan melarat..! Nak dapat kerja lain bukan senang. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu..!
Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu, orang tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,*"Wahai Tuan..! Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..! Akan tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya..!"
[Copy Paste dari Facebook]
Doaku Untuk Kalian
Ketika memanjatkan doa kepada Allah Taala, janganlah sekadar berdoa untuk diri sendiri saja. Ikutilah saranan Rasulullah s.a.w. supaya kita berdoa untuk orang lain juga terutama yang telah memberi impak besar dalam hidup kita, sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebutkan nama mereka satu persatu, tidak kira berapa ramai pun. Mereka yang namanya disebut mempunyai tempat istimewa di kalangan penghuni langit.
Sebaik-baik waktu berdoa ialah SEBELUM AZAN SUBUH kerana pada waktu itu Allah Taala turun ke langit bumi untuk menerima doa-doa hambaNya. Berdoalah untuk hal-hal duniawi, bahkan yang paling penting hal ukhrawi kerana setiap manusia tetap akan kembali ke alam akhirat yang kekal abadi.
Contoh doa:
1. Diampunkan segala dosa dan diterima taubat nasuha sehingga diri menjadi bersih umpama kain putih.
2. Terhindar dari azab kubur, azab neraka, fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah mati.
3. Memohon supaya dikurniakan kehidupan yang penuh barakah di samping ahli keluarga yang tawaduk.
4. Memohon supaya segala yang dihajati tercapai.
5. Yang paling penting, mohonlah supaya termasuk dalam golongan hamba Allah yang dilimpahi RAHMAT dan diizinkan ke SYURGA FIRDAUS TANPA HISAB.
Berbaik sangka dengan Allah yang permohonan kita akan dikabulkan menurut waktu yang ditetapkan-Nya. Kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, "Gantungkan azammu setinggi langit." Dan memang pun setiap doa kita itu turut dipohonkan oleh para malaikat di langit sana.
JANGAN REMEHKAN SETIAP KEBAIKAN WALAU SEKECIL APAPUN.
Monday, July 25, 2016
Rawatan Ketika Anak Demam
Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5 Celcius....iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab sicomel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sebagai ibu bapa tenang jika bayi tu tetap aktif bermain,minum dan makan OK. Tidak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
Cara menurunkan suhu tubuh bila DEMAM:
Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan mudah mengeluarkan panas dari dalam tubuh.
Hindari menyelimuti Si Comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian tipis dan longgar yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.
Demam memaksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak...seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi untuk mengelak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan panas!!.
Kalau hendak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tetapi air harus yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.
Anak tidak perlu mkn ubat jika ia demam tetapi boleh bermain, makan minum saperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 °C. Kalau bayi/anak DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari....dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,...ini tabda INFEKSI KUMAN/VIRUS yang tubuh vayi/kanak TIDAK DAPAT MELAWAN....segeralah bawa ke doktor.
Doktor akan siasat ounca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
Adalah satu KESILAPAN jika anda:
1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS...sebab ia bukan menurunkan suhu tubuh tetapi MENINGKATKAN lagi suhu badan, kerana air dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.
2.Bila DEMAM ada yang suruh mandikan anak dengan AIR SEJUK. Kasihan si anak menggigil serta lagi naik demamnya. Kalau hendak buat eksperimen...bila emak ayah DEMAM....cuba terus MANDI AIR SEJUK......Pijak lantai bilik air pun dah menggetar...apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Kalau PERIUK YANG PANAS DIBASUH IA AKAN BERASAP...Biar periuk sejuk dulu...baru basuhkan....bukan??
{Dr Abdul Rahim]
Pandangan Imam Ibnu Qayyim
Pandangan terindah Imam Ibnu Qayyim (رحمه الله):
ANDA jangan melihat peristiwa secara berlebih-lebihan, lebih dari semestinya.
ANDA jangan suka mencari harga diri dalam penilaian orang lain. Carilah nilai diri dalam hati kecil anda. Jika hati kecil anda selesa menilai diri anda sendiri, nescaya anda akan meraih kenaikan kedudukan. Jika anda memang mengenali diri, anda tidak usah risau tentang penilaian orang lain terhadap diri anda.
ANDA jangan memikul kegundahan hal keduniaan, kerana dunia adalah milik Allah. Anda juga jangan memikul kegundahan tentang rezeki kerana rezeki juga dari Allah. Anda juga tidak usah memikul kegundahan ‘masa hadapan’, ia juga di tangan Allah.
ANDA hanya perlu memikirkan satu kegundahan sahaja iaitu: ‘Bagaimana anda berusaha untuk menciptakan keredhaan Allah.’ Jika anda berjaya merealisasikan ‘keredhaan Allah,’ nescaya Allah akan meredhai anda. Malah Allah akan menciptakan keredhaan dan kesukaan anda. Allah akan mengurus kehidupan anda dengan baik. Allah akan menciptakan kepuasan dalam diri anda.
ANDA tidak usah putus asa lantaran urusan kehidupan yang membuat air mata anda berlinang. Malah berdoalah:"Ya Allah, berilah saya ganti rugi yang lebih baik di dunia dan akhirat.
ANDA perlu yakin bahawa kegundahan akan sirna saat anda bersujud. Ketenangan dan kegembiraan akan menjelma dengan berdoa. Allah tidak pernah lupa terhadap kebaikan yang anda tabur dan semai, kegundahan insan yang anda lenyapkan. Insan yang diselimuti kesedihan yang hampir tidak berupaya membendung genangan air matanya, lantas anda ciptakan kegembiraan buatnya.
ANDA hanya perlu meniti kehidupan dengan prinsip: ‘Saya mesti menabur kebaikan, tidak perlu menunggu pulangannya. Saya melakukan hal ini bukan lantaran manusia, hanya kerana Allah mencintai hamba yang rajin menabur kebaikan.
ANDA perlu menghulurkan tangan untuk bersedekah, nescaya Allah akan melenyapkan musibah yang anda hadapi. Anda jangan lupa bahawa keperluan anda dalam amalan bersedekah jauh melebihi dan mengungguli keperluan si penerima sedekah kepada sedekah anda.
[RISALAH SURAU AL-EHSAN disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis]
Sunday, July 24, 2016
Berjemaah
Makan untuk dua orang cukup untuk tiga orang. Makan untuk tiga orang cukup untuk empat orang
Perbanyakkan tangan untuk menikmati makanan di wadah yang sama. Dengan cara makan bersama kita mengenal erti barakah, kerana makanan yang sedikit itu menjadi cukup untuk ramai orang, saat Allah memberikan barakahnya.
Sesungguhnya limpahan barakah ada pada banyaknya tangan yang ikut menikmati makanan di wadah yang sama
Ketentuan-Nya Terbaik Untuk Hamba
Ketika Nabi Musa a.s diperintahkan oleh Allah SWT untuk menemui Firaun,nabi Musa a.s bertanya pada Allah. ""Jika aku pergi menemui Firaun,siapakah yang akan menjaga isteri dan anak-anakku dan memberi makan kepada mereka?"
Lalu Allah S.W.T memerintahkan Musa a.s memukul sebiji batu. Nabi Musa pun memukul batu tersebut lapisan demi lapisan sehingga ke lapisan yang ke tujuh. Pada lapisan yang ketujuh itu Nabi Musa a.s menemui seekor ulat di dalam batu tersebut. Bersama ulat itu ada sehelai daun yang segar. Nabi Musa a.s mendengar ulat itu bertasbih,"Aku yakin Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui di mana aku berada,Dia yang memberi rezeki kepadaku,Dia tidak pernah lupa padaku."
Lantas siapakah yang meletakkan daun yang segar sebagai makanan ulat yang duduknya di dalam batu yang berlapis tujuh itu? Siapa pula yang memberi rezeki kepada kita selama ini sampai kita terlalu risau dengan ketentuan rezeki kita itu, hinggakan kita seolah-olah menganggap Allah tidak tahu kita duduk di mana,apa keperluan kita dan sebagainya.
Kata Saidina Umar r.a,"Manusia,ada yang terlalu sibuk meminta-minta rezeki di dunia,sedangkan rezeki itu ada di langit."
Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar IKHLAS?
Jika semua yang kita impikan segera TERJADI dari mana kita akan belajar erti SABAR?
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar erti IKHTIAR?
Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat kenal ALLAH dengan lebih DEKAT?
YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuan-NYA adalah TERBAIK untuk kita.
[Sumber: fb Suhaimi Saad]
Lihat Dulu Sebelum Buka Mulutmu
Kata-kata yang tak terucap
Kesedihan yang tak terlihat
Kepedihan yang tak diketahui
Hanya Allah Yang Maha Memahami
Thursday, July 21, 2016
Cara Nak Ubah Malaysia
Rakyat malaysia, setiap hari makin tertekan dengan isu kezaliman pemerintah yang makin lama makin menjadi-jadi. Rasuah, politik wang, korupsi, salah guna kuasa dan sebagainya. Pemerintah yang seolah-olah menganggap rakyat malaysia ini bodoh, dan sebagainya, membuatkan rakyat makin hari makin marah.
Bukan itu sahaja, tertekannya rakyat malaysia bertambah apabila pihak pembangkang juga dua kali lima. Budaya fitnah menfitnah, pergaduhan sesama mereka, budaya nepotisme dan sebagainya, juga di tahap yang membimbangkan. Ada di kalangan mereka yang membawa agenda Malaysian Malaysia(Malayan Union), menentang hudud, dan lain-lain, membuatkan ramai orang seakan-akan di awing-awangan.
Bukan itu sahaja, sesetengah NGO pula makin lama makin mengasak islam, dari hari ke hari, menuntut pembebasan murtad, menuntut iktiraf golongan LGBT, menuntut kebebasan agar syiah di amalkan dan di sebarkan, menuntut agar anak-anak kecil yang baru lahir tak di beri "agama islam" dalam kad pengenalan, menuntut guna kalimah Allah dalam bible dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, NGO dan gerakan islam pula ada di kalangan ahli mereka yang tak habis-habis bercakaran, bergaduh, berbalas hujah bukan dengan hujah tetapi dengan makian, perlian dan mencarut, ini adalah satu tahap yang amat kronik andai tak di rawat.
Bukan itu sahaja, isu gejala sosial yang semakin menjadi-jadi, dengan kes zina di malaysia sebanyak 60,000 sepanjang 3 tahun, bermakna setiap 1 jam ada 2 kes zina di laporkan, dengan gejala hedonisme dan hiburan yang melampau, masalah rumah tangga, kes penceraiaan yang memakan angka 27,000 kes setahun, dan sebagainya, membuatkan kita rasa amat sedih, pilu, tertekan, hiba dengan nasib rakyat malaysia.
Adakah Allah redha dengan rakyat malaysia?
Adakah Allah redha dengan kita??
AZAB ALLAH UNTUK ORANG ZALIM
Wahai rakyat Malaysia.
Kita benci orang zalim, kita benci di zalimi, kita benci dengan orang yang menyokong kezaliman. Namun, ramai yang tidak sedar, sesungguhnya, DIRI KITA juga hakikatnya zalim.
Ya, zalim dengan DIRI SENDIRI!
Kita zalim dengan diri kita. Kita buat dosa noda. Kita lupa Allah. Kita banyak bermain-main. Kita meringan-ringankan agama. Kita anggap hukum Allah itu remeh. Kita mempersendakan perkara yang Allah dan Rasul haramkan. Kita menghina institusi ulama. Kita marah bila orang tegur kita.
Berapa ramai lagi di kalangan rakyat malaysia yang masih belum menutup aurat? Berapa ramai lagi yang terikut budaya kafir dengan memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata, tak kisah di kalangan orang kenamaan, artis, pemimpin atau rakyat biasa? Berapa ramai yang masih merokok dan hisap vape walau di fatwakan haram? Berapa ramai yang masih menonton video lucah? Berapa ramai yang masih banyak menghabiskan masa dengan movie dan drama, yang mana pelakonnya tak menutup aurat, di tayangkan pergaulang bebas, cium-cium dan sebagainya? Berapa ramai di kalangan kita yang masih lagi berhibur dengan lagu-lagu yang berunsur seks, dan mengajak pada pergaulan bebas serta dosa noda? Berapa ramai rakyat Malaysia yang bercouple, berpegang tangan, ataupun couple bajet islamik?
Huh….
Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menjaga solat 5 waktu? Berapa ramai di kalangan kita yang tak tinggalkan solat dengan sengaja walau satu waktu? Berapa ramai di kalangan kita yang solat berjemaah di masjid atau surau? Berapa ramai di kalangan kita yang meninggalkan puasa di bulan ramadhan?
Hmm….
Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang istiqomah baca quran sekurang-kurangnya sehari 5 muka? Berapa ramai di kalangan kita yang dapat solat tahajud di malam hari sekurang-kurangnya sekali seminggu? Berapa ramai di kalangan kita yang rajin berdoa dan rajin menangis mengingati Allah?
Wahai rakyat Malaysia!!
Cuba kita muhasabah diri kita sendiri. Ya, diri sendiri.
Adakah kita sering menzalimi diri kita dengan dosa??!
Jika ya, cuba kita renungi ayat Allah ini:
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.”
(al-An’am, 6: 129)
Apa yang Allah nak sampaikan?
Allah akan jadikan orang yang zalim itu turut di kuasai oleh orang yang zalim sebagai balasan kezaliman mereka?
Bermakna, hakikatnya:
“PEMIMPIN YANG ZALIM ITU ADALAH AZAB DARI ALLAH!!!!!”
Adakah kita sedar hakikat ini wahai rakyat Malaysia??
Buka mata, buka hati perhatikan diri.
CARA NAK UBAH MALAYSIA
Wahai kawan.
Kalau kalian mahu Malaysia ini di sirami dengan keadilan, dan di pimpin oleh orang yang adil, serta jatuhnya pemimpin yang zalim, maka, seruan saya:
“Taubatlah pada Allah….”
Kenapa saya kata begitu?
Lihatlah kata-kata ulama di bawah. Perhatikan. Perhatikan dengan mata hati!
1) Ibn Kathir menyebut:
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka diseksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.”
(Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir)
Andai rakyat Malaysia melakukan dosa noda dan hanyut dengan perkara yang Allah murka, tak kira bangsa dan agama, maka, Allah akan azab dengan memberi pemimpin yang zalim kepada mereka. Tidakkah kita takut akan azab Allah ini, yang mana, ianya telahpun berlaku?
Mari kawanku, kita lihat juga seterusnya.
2) Al-Walid ath-Tharthusi berkata:
“Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, ‘amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian’,bermakna, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.”
Seperti mana kita, seperti itulah kita akan di pimpin. Andai kita menzalimi diri sendiri dengan dosa, kita akan di pimpin oleh orang yang zalim juga. Sungguh.
3) Abdul Malik bin Marwan rah pernah berkata,
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?”
(Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)
Abdul Malik b Marwan adalah khalifah di zaman itu. Yang mana, rakyat telah marah pada beliau, dan mengatakan pada beliau:
“Kau zalim. Kau tak sama seperti Abu Bakar dan Umar!!”
Lalu, beliau menjawab seperti di atas:
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?”
Bermakna, andai kita mahukan pemimpin yang baik, yang adil, yang soleh, maka, jadilah hamba Allah yang adil, soleh dan tidak menzalimi diri sendiri. Taubatlah pada Allah!
Masih tidak nampak?
Jika belum, ayuh hatayi apa pesanan Iman Hasan Albasri.
4) Hasan Albasri menyebut:
“Sesungguhnya kemunculan pemimpin yang zalim adalah disebabkan azab dari Allah, maka janganlah kamu melawan azab Allah dengan tangan-tangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan memohon dengan merendah diri pada Allah!”
Kita nak jatuhkan pemimpin zalim dengan tangan kita? Kita nak buat apa? Nak bunuh, nak berdemonstrasi, nak melakukan keganasan? Sungguh, ianya takkan membuahkan hasil yang memuaskan. Kerana Allah dah tetapkan, baik masyarakat, baiklah kita.
Masih tidak nampak? Ayuh kita lihat, apa kata Syeikh As-Sa’di.
5) Syeikh As-Sa’di menyebut:
“Sebagaimana masyarakat itu jika baik dan istiqamah berada di atas jalan yang benar, maka Allah memperbaiki pemimpin mereka, iaitu menjadikan untuk mereka pemimpin-pemimpin yang bersikap adil dan insaf. Bukan yang zalim lagi jahat.
(‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di, Taisir Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan, 1/273)
Itulah sifir Allah. Taubat dan kembali pada Allah dan mengajak masyarakat kembali pada islam yang sebenar dengan sungguh-sungguh adalah jalan untuk ubah Malaysia!
Masih tidak mahu percaya? Masih ingin mendabik dada dan ego tidak mahu bertaubat? Ayuh, ayuh wahai kawan, kita lihat apa yang Ibn Taimiyah pesan.
6) Ibn Taimiyah berkata:
“Aku telah menyebutkan dalam bab yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada para pemerintah, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan RAKYAT sekaligus, kerana bagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman, “Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin) bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-An’am, 6: 129).”
(Majmu’ al-Fatawa, 35/20)
Terkejut bukan?
Sekarang, mungkin kita telah sedar, bahawa, punca Allah angkat pemimpin yang zalim adalah kerana banyaknya dosa yang kita lakukan wahai kawan.
7) Hayati juga kata-kata Imam Hasan Hudhaibi:
“Dirikanlah islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di dunia…”
Andai kita nak islam menguasai dunia, maka, amalkanlah islam sungguh-sungguh sepenuh hati kita!
KENAPA ALLAH TAK KABULKAN DOA KITA?
Kita banyak kali doa agar Allah jatuhkan pemimpin yang zalim. Kita banyak kali doa agar Allah bebaskan palestin, selamatkan syiria rohingya dan sebagainya. Kita banyak kali doa agar Allah memberi kemenangan pada umat islam.
Namun, mengapa ia seakan-akan tidak di kabulkan?
Kerana, hakikatnya, ia adalah salah kita sendiri!!
Ada beberapa sebab kenapa Allah tak kabulkan doa kita. Jom tengok satu-satu, lalu muhasabahlah diri!
1)Tinggalkan dakwah.
Isu ini sangat penting. Kalau kita nak tahu, bila kita tinggalkan dakwah, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah orang buat maksiat, Allah takkan pandang kita. Allah takkan terima doa kita. Bahkan, Allah takkan bantu kita!
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepda kalian: ‘Serulah manusia ke arah kebaikan, dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran, sebelum datang satu masa, di mana jika kalian BERDOA, tetapi doa kalian TIDAK AKU KABULKAN. Kalian MEMINTA KEPADAKU, tetapi aku TIDAK MEMBERI pada kalian. Dan kalian MEMINTA TOLONG kepadaku, tetapi, aku TIDAK MENOLONG kalian!!”
(Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Kalau perhati hadith kat atas, rasanya, Allah pandang ke doa dan qunut nazilah kita bila kita langsung tak ada usaha untuk berdakwah??!
2) Umat islam saling bercakaran
Ini juga satu punca, dan perkara yang menghalang pertolongan Allah datang. Apabila orang islam sesama islam asyik bergaduh, mengutuk, mencaci dan menghina sesama sendiri, bersangka buruk dengan umat islam, sedangkan bila dengan orang kafir boleh duduk sekali dan bersangka baik serta berlembut, membelakangkan orang islam, dan yang sama waktu dengannya. Apa ini? Apakah ini semua?!!
Ingatlah pesan arrasul:
“Apabila umatku telah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan islam. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar(dakwah), maka akan hilang dari mereka keberkatan wahyu. Dan apabila UMATKU SALING MENGHINA, maka JATUHLAH mereka dari PANDANGAN ALLAH!!”
(Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)
So, apakah yang menghalang kita, umat islam untuk bersepakat dan bersama-sama meninggikan kalimah Allah?! Apakah yang menghalang? Ketahuilah, lagi kita berpecah dan saling hina-menghina, maka selagi tulah Allah takkan hantar pertolonganNya dan selagi tulah islam takkan bangkit!
Banyak lagi saya nak kupas. Tapi, dua ini juga sudah cukup untuk kita muhasabah diri kita.
CARA NAK UBAH MALAYSIA, APAKAH SOLUSINYA?
Solusinya bagi saya, KEMBALILAH kepada islam. Bertaubatlah, dan kembalilah ke pangkal jalan. Fahamilah islam, laksanakanlah dakwah, tinggalkanlah maksiat, bersepakatlah sesama umat islam. Itulah jalan untuk mendapat pertolongan Allah.
Tak guna kita berdemonstrasi sini sana tapi pada masa yang sama kita masih menjadi punca kezaliman berleluasa. Sungguh.
Saya nak kongsikan satu kisah yang sangat menarik.
Satu kisah, di zaman HASAN ALBANNA, tika masyarakat ketika itu bertanya:
“Adakah palestin akan kembali ke tangan umat islam semula??”
Maka, Albanna menghantar seorang ulama’ untuk ke palestin bagi mendapatkan beberapa maklumat, bagi menjawab seoalan tersebut. Setelah itu, ulama tersebut menyatakan:
1) Apabila aku mengajak mereka untuk solat berjemaah di masjid, masing-masing di antara mereka memilih untuk tak turut serta dengan pelbagai alasan.
2)Apabila aku mengajak mereka untuk mendalami dan menghayati Alquran, ramai di kalangan mereka memilih untuk tidak pedulikan.
3)Apabila aku mengajak mereka ke majlis ilmu agar mereka memahami agama dan mendapat kesedaran, mereka menolak dan mengabaikan.
4)NAMUN, apabila aku mengajak mereka untuk menentang kezaliman yahudi laknatullah, mereka terus bersemangat dan turun dari segenap penjuru untuk berdemontrasi menyokong perkara ini!!
Maka, apabila mendengar keadaan itu, Hasan Albanna menjawab:
“Palestin takkan kembali ke saat orang islam di saat ini…..”
Kerana itulah, Hasan Albanna mulakan TARBIAH, mendidik masyarakat dengan dakwah. Sehingga hidupnya rijal hasil didikan albanna iaitu SYEIKH AHMAD YASSIN yang telah mentarbiah penduduk GAZA, mengajar mereka Alquran dan sunnah, mengembalikan roh dakwah dan tarbiah di kalangan mereka, serta menubuhkan HAMAS, yang kita lihat hari ini, hero umat islam!
Kerana mereka sedar, dengan kembali pada islam lah, islam akan bangkit dengan pertolongan Allah.
PENUTUP
Wahai kawan.
Tugas kita untuk baiki masyarakat, fahamkan masyarakat tentang islam yang sebenar, islam yang syumul, mendekatkan masyarakat dengan islam, merawat masyarakat yang makin lama makin jauh dari islam, perlu di lakukan sungguh-sungguh tanpa lelah jemu.
Walaupun ia seakan-akan lambat menuju kemenangan, tapi itulah satu-satunya jalan yang paling selamat dan paling laju. Percayalah.
Hatta itulah yang di lakukan oleh arrasul tika awal-awal di lantik menjadi rasul. Tarbiah masyarakat, tarbiah, tarbiah, tarbiah. Bila masyarakat kuat, maka datanglah apa pun, islam tetap kuat dan utuh.
Ambillah islam secara SYUMUL. Islam itu bukan pada ibadah sahaja. Tetapi, islam itu menyeluruh, lengkap dan saling melengkapi. Ambil islam dari sudut ibadah, akidah, akhlak, ekonomi, politik, ketenteraan, kenegaraan, undang-undang, ilmu, budaya, dan sebagainya.
Wahai pemimpin malaysia, bertaubatlah pada Allah.
Takutlah akan azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai rakyat malaysia, bertaubatlah pada Allah,
Takutlah azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai rakyat malaysia..
"Jangan sampai kalian hanya mampu melaknat orang zalim, tetapi hendaklah kalian memikirkan bagaimana untuk menghentikan kezaliman itu!!"
(Umar Telmisani)
"3 kelemahan umat islam. Pertama, tidak belajar dari SEJARAH lampau(tak baca sirah nabi, tak baca sejarah-sejarah dunia), kedua, tak merancang dengan teliti, dan yang ketiga, malas membaca!"
(Moche dayan, bekas panglima ketua pertahanan IDF-israel defense force)
"Umat islam jangan bermimpi ingin mengalahkan kami, selagi mana solat subuh mereka di masjid tak sama macam solat jumaat!!"
(Rahib yahudi)
Wallahua’lam.
[Adnin Roslan]
Syaitan Dan Syaitan Jadi-jadian
Kita selalu cakap jangan ikut perangai dan hasutan syaitan, jin, musuh dan orang-orang yang bersikap negatif, tetapi malannya diri sendiri lupa yang kita pun tiada bezanya.
Contoh:
1. Ada yang tidak bertegur sapa dengan kaum kerabat sendiri sampai sehari suntuk, seminggu terkadang berbulan lamanya. Tidak mampu bertentang mata dan berterus terang.
2. Berdendam sehingga meninggal dunia tanpa bermaafan.
3. Sukar melepaskan ego masing-masing.
4. Perintah mengenai solat. puasa dan zakat dianggap enteng. Umrah/haji amat jauh dari hati.
5. Mata, mulut dan telinga tidak dikawal ketat. Gosip liar disebar-sebarkan.
Lantas, tanyalah diri sendiri siapa manusia dan siapa pula syaitan jadi-jadian!!!
Cintai Allah Menerusi Cinta Insan
Apabila sibuk dalam dakwah akan datang cinta Allah.Nabi Daud as pernah bertanya kepada Allah : "Ya Allah bagaimana caranya aku bisa mendapatkan cinta-Mu? Lalu Allah berfirman: "Ajaklah orang orang untuk mencintai-Ku, maka Aku akan cinta kepadamu."
Kalau Allah sudah mencintai hamba-Nya, maka pertama yang Allah akan perbaiki dan tingkatkan adalah amalannya. Syeikh Ibnu Atha'illah r.a berkata:
"Jika Allah cinta dengan seseorang hamba, maka Allah sibukkan dia di setiap waktu dalam hal hal agama, dengan perkara yang Allah cintai iaitu usaha atas iman Hijrah."
Kita nampak bulan, tetapi sebenarnya bulan itu sangat jauh. Kita tidak nampak ALLAH, tetapi ALLAH itu tersangatlah dekat dengan kita. Kalau mahu jadi muslim yang baik dan disenangi, Pertama perlu jaga akhlak menerusi lisan dan batas pergaulan. Kedua, jaga adab pergaulan dengan orang lain. Seterusnya jaga SILATURAHIM.
Jangan bangkitkan isu yang mencetuskan permusuhan serta kebencian orang lain. Kadang-kadang kita cuba hendak terangkan satu kebenaran namun kita gagal menyampaikan ilmu disebabkan niat kita tidak betul. Kalau tidak dapat tarik orang lain kepada kebaikan tidak semestinya sebab dia tidak mahu ikut tetapi kadang-kadang cara/sikap kita tidak mampu untuk menyentuh hati mereka.
Antara cara untuk merasai nikmat TAQWA ialah secara bergaul dengan orang-orang soleh. Hendak cari orang-orang soleh maka hadirlah ke majlis-majlis ilmu. Suburkanlah hati dengan peringatan-peringatan di dalam majlis-majlis ilmu. Sekurang-kurangnya kita aminkan doa yang dibacakan oleh pendakwah yang soleh untuk kebaikan para hadirin di dalam majlis berkenaan.
"I open my eyes, you open your eyes, we open our eyes, wide to Islam." In sya Allah, muhasabah diri.
♥ Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ♥
Wednesday, July 20, 2016
Solat - Jom Dengar Nasihat
1. "Orang tdiak solat ada banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain."
- USTAZ AZHAR IDRUS.
2. "Walaupun ayah kita penagih dadah, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya."
- USTAZ KAZIM ELIAS.
3. "Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga. Jaga solat, Insyallah bahagia."
- USTAZ DON DANIYAL.
4. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda."
- USTAZ DATUK ISMAIL KAMUS.
5. "Kalau kita sakit jangan takut solat, kalau mati pun, mati dalam solat."
- USTAZ HASLIN BAHARIN.
6. "Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, doa kemudian baru bangun.”
- USTAZ AL HABIB ALI ZAENAL.
7. "Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya."
-TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.
8. "Jagalah solat kerana solat itu hubungan antara Allah dengan hamba-Nya."
- SHEIKH ABDULLAH JAHAF.
9. "Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa.
-USTAZ DUSUKI ABDUL RANI.
10. "Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakaplah:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama, In sya Allah."
- TUAN GURU HARUN DIN.
11. "Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah."
-USTAZ PAHROL MOHD JUOI.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala."
NASIHAT PEDAS SYEIKH ABDUL QADIR AL JILANI:
"Kalian benar-benar lupa! Kalian bertingkah laku seolah-olah tidak akan pernah mati, seolah-olah tidak pernah dikumpulkan pada Hari Kiamat, seolah-olah tidak akan dihisab di hadapan Allah, dan seolah-olah tidak akan melewati jambatan (shirat) di atas neraka.
Begitulah kalian! Selami ini, kalian hanya mengaku-ngaku menjadi Muslim dan Mukmin."
Tuesday, July 19, 2016
Sedekah Membantu Ketika Susah
Dikisahkan, seorang ahli sufi, Ibrahim bin Adham pergi ke istana untuk menikmati jamuan yang dihidangkan oleh seorang sultan yang kaya raya.
Sedang Ibrahim cuba untuk mengambil makanannya, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar roti yang sedang di tangannya.
Melihat hal demikian, Sultan pun memerintahkan pengawalnya mengejar burung gagak tersebut. Pengawal pun melompat ke atas kuda dan mengikuti sehingga gagak itu turun ke sebuah tempat.
Di tempat itu seorang lelaki sedang diikat pada sebatang pohon. Kemudian mereka melihat gagak itu sedang meletakkan roti ke mulut lelaki tersebut.
Para pengawal melaporkan kejadian itu kepada sultan yang kemudian mendatangi lelaki itu dan bertanya, "Siapakah engkau? Apa yang berlaku pada dirimu?"
Lelaki itu menjawab, "Saya salah seorang dari kafilah dagang. Perompak telah merampas semua barangan saya. Sudah berhari-hari saya terikat di pohon ini. Setiap hari burung gagak ini membawakan makanan dan menaruhnya ke mulut saya. Ketika saya haus, ada awan kecil terbentuk dan mencurahkan hujan sehingga saya merasa segar dan kenyang."
Sultan tahu bahawa lelaki itu di dalam hidupnya memang sebagai seorang pedagang yang jujur dan suka bersedekah.
Begitulah analogi yang sering kita dapati tentang rezeki dan burung. Burung berangkat di pagi hari dalam keadaan lapar, dan Tuhan menyediakan makanan buatnya sehingga ia kembali ke sarangnya dalam keadaan kenyang.
Setiap rezeki telah diatur Allah dengan cara-Nya yang tesendiri. Allah tidak lelah ataupun lalai memberikan perhatian kepada mereka yang bersedekah.
Semoga kisah ini dapat mengajar kita supaya sentiasa bersedekah kerana ia mendatangkan banyak pertolongan dan manfaatnya di saat kita menghadapi kegetiran hidup..
~ The bounty of Allah is unlimited ~
[Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Pembuka Pintu Rezeki
1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “ Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )
2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
Soal Hati - Cari Allah Dulu
HATI YANG BERSIH takkan pernah menyakiti hati orang lain. Jika disakiti, dia membalasnya dengan senyuman.
HATI YANG SUCI takkan pernah mengecewakan orang lain. Jika dikecewakan, dia membalasnya dengan kesabaran.
HATI YANG TENANG takkan pernah merasa memiliki sesiapa atau apa-apa kerana baginya itu pinjaman.
HATI YANG LAPANG takkan merasa sedih ketika kehilangan.
Hati yang bersih, suci, tenang dan lapang menghasilkan rasa BAHAGIA. Di mana letaknya rasa bahagia? Letaknya di dalam jiwa!
Umum mencari bahagia pada HARTA, KUASA dan MANUSIA. Bila gagal dimiliki, rasa kecewa. Bila berjaya dimiliki, bahagianya hanya sementara dan natijahnya kosong belaka.
Apa yang benar-benar lestari ialah segala yang ada di sisi Allah --- REDHA, RAHMAT, SYURGA.
Jenguklah ke dalam hati. Ajar ia MENCARI ALLAH DULU DALAM APA JUA SUASANA.
Harta, kuasa dan manusia yang diurus mengikut ketetapan Allah mampu membeli nikmat luas di syurga.
Harta, kuasa dan manusia yang diurus mengikut telunjuk Syaitan bakal menempah ruang himpit di neraka.
Letakkan semua pinjaman-Nya di tangan, bukan di hati.
BUAT TANPA TAPI, BERUSAHA TANPA HENTI…
Doa Dari Saudara
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika seseorang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan dia, maka para malaikat pun berkata, "Itu untukmu jua."
Begitulah, mungkin apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil dari doa saudara-saudara kita.
Usahlah simpan kasih saudara di dalam hati kerana sifat hati itu berbolak-balik. Simpanlah kasih itu di dalam doa kerana ia sentiasa hidup di kalangan penghuni langit.
Seorang lelaki soleh amat mengasihi sahabatnya. Banyak kebajikan dan kebaikan mereka lakukan bersama.
Pun begitu setiap yang hidup pasti merasai mati. Sahabat tersayang dipanggil kembali ke sisi Ilahi.
Lelaki soleh itu sedikit terkilan bila ahli keluarga sahabatnya sibuk membahagi-bahagikan pusaka dan menikmati peninggalannya.
Dia mengubat hati yang sedih dengan memperbanyakkan doa buat allahyarham dalam kegelapan malam di bawah kerlipan bintang-bintang.
Saturday, July 16, 2016
Rakyat Gagalkan Coup de etat Di Turki
Laporan awal dari Asyraf Farique di Istanbul:
"Sebelum FB di kawasan saya disekat ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan:
1) Berhati-hati dalam membaca dan menilai berita. Mcm cnn, washington post, fox news, bbc, guardian, economist, rt, mereka berkemungkinan menjadi echo propaganda media kepada plan revolusi tentera pada kali ini. (Buktinya saya di sini, tidak melihat perkara itu seperti digambar)
2) Sebaiknya, baca daripada sumber Turki sendiri seperti Daily Sabah, dan Al Jazeera, saya rasa agak neutral.
3) Walau media barat melaporkan ramai rakyat lari ke rumah, hakikatnya masih ramai lagi di luar tengah makan ais krim. So chill (gambaran suasana)
4) Tentera kelihatan di mana sahaja, dan menutup jalan-jalan besar, tutup bridge bhosporus, airport dan kuasai media.
5) Erdogan menjangkakan perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin.
6) Cubaan yang terhampir revolusi dilakukan adalah pada 2010 di mana 49 tentera turki di tahan. Sebelumnya adalah ketika zaman Erbakan. 1913, Ottoman, 1960, 1971, 1980, 1993 dan 1997
7) Tentera berkuasa melindung kedaulatan sekular dalam perlembagaan dan mana-mana pemerintah yang dilihat cuba mengugat sekular akan digulingkan.
8) Doakan keselamatan kami di sini.
10) Sekarang sedang memerhati perkembangan bersama teman di sini. Katanya masih lagi tidak official, sentimen media untuk menakut-nakutkan
Wallahualam
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Asyraf Farique,
Istanbul."
Warga Turki keluar beramai-ramai, melakukan apa saja untuk untuk menggagalkan rampasan kuasa.Ada yang memanjat kereta kebal dan ada yang berbaring di hadapannya!!!
Pihak polis Turki berjaya memberkas ramai tentera yang belot terhadap kerajaan Turki serta cuba melakukan rampasan kuasa.
Orang awam melakukan sujud syukur di atas kejayaan menggagalkan usaha kotor ini. Bersama laungan zikir dan azan, rakyat Turki turut membanjiri jalan raya bagi menghalang kudeta (coup de etat).
Alhamdulillah, cubaan rampassan kuasa berjaya digagalkan dalam masa LIMA JAM.
"Sebelum FB di kawasan saya disekat ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan:
1) Berhati-hati dalam membaca dan menilai berita. Mcm cnn, washington post, fox news, bbc, guardian, economist, rt, mereka berkemungkinan menjadi echo propaganda media kepada plan revolusi tentera pada kali ini. (Buktinya saya di sini, tidak melihat perkara itu seperti digambar)
2) Sebaiknya, baca daripada sumber Turki sendiri seperti Daily Sabah, dan Al Jazeera, saya rasa agak neutral.
3) Walau media barat melaporkan ramai rakyat lari ke rumah, hakikatnya masih ramai lagi di luar tengah makan ais krim. So chill (gambaran suasana)
4) Tentera kelihatan di mana sahaja, dan menutup jalan-jalan besar, tutup bridge bhosporus, airport dan kuasai media.
5) Erdogan menjangkakan perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin.
6) Cubaan yang terhampir revolusi dilakukan adalah pada 2010 di mana 49 tentera turki di tahan. Sebelumnya adalah ketika zaman Erbakan. 1913, Ottoman, 1960, 1971, 1980, 1993 dan 1997
7) Tentera berkuasa melindung kedaulatan sekular dalam perlembagaan dan mana-mana pemerintah yang dilihat cuba mengugat sekular akan digulingkan.
8) Doakan keselamatan kami di sini.
10) Sekarang sedang memerhati perkembangan bersama teman di sini. Katanya masih lagi tidak official, sentimen media untuk menakut-nakutkan
Wallahualam
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Asyraf Farique,
Istanbul."
Warga Turki keluar beramai-ramai, melakukan apa saja untuk untuk menggagalkan rampasan kuasa.Ada yang memanjat kereta kebal dan ada yang berbaring di hadapannya!!!
Pihak polis Turki berjaya memberkas ramai tentera yang belot terhadap kerajaan Turki serta cuba melakukan rampasan kuasa.
Orang awam melakukan sujud syukur di atas kejayaan menggagalkan usaha kotor ini. Bersama laungan zikir dan azan, rakyat Turki turut membanjiri jalan raya bagi menghalang kudeta (coup de etat).
Alhamdulillah, cubaan rampassan kuasa berjaya digagalkan dalam masa LIMA JAM.
IHSAN sesama makhluk Allah
Gunakanlah WAKTU, RUANG dan PELUANG untuk mencari 4 perkara:
ILMU kerana ia cahaya
IMAN kerana ia penyelamat
AMAL kerana ia bekalan
TAUBAT kerana ia keinsafan
HUSNUL KHATIMAH kerana ia penutup kehidupan dunia.
Hati patut TULUS ketika mengikuti jalan yang LURUS. Rasulullah s.a.w. menamakan IMAN, ISLAM dan IHSAN (berbuat baik) sebagai AGAMA.
Firman Allah: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya ALLAH MENYUKAI ORANG YANG BERBUAT BAIK." (Surah An Nahl ayat 90).
Salah satu contoh perbuatan ihsan ialah ketika Khalifah Umar Abdul Aziz menyuruh seorang hamba jariah mengipasnya sehingga beliau tertidur.
Cuaca pada hari itu agak panas menyebabkan hamba jariah itu tidak dapat menahan rasa mengantuk lalu dia tertidur.
Tidak lama kemudian Khalifah Umar terjaga, lantas beliau mengambil kipas dan mengipas si hamba. Jariah itu terjaga dan merasa sangat terkejut.
Namun Khalifah Umar berkata, "Walaupun kamu seorang jariah dan saya pula khalifah, hakikatnya kita manusia biasa. Kamu juga merasa kepanasan sama seperti saya. Oleh itu saya berhak mengipas kamu sebagaimana kamu mengipasi saya."
(Manhaj Peribadi Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al Jazairiy)
Thursday, July 14, 2016
Selidiki Berita Yang Diterima
Inilah yang berlaku di Malaysia. Sebab itu ramai pandang hina pada mufti, ustaz ustazah, dan pendakwah. Salah satu sebabnya akibat terpengaruh hasutan jahat dari media khususnya media liberal seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, The Malay Mail Online, dan seumpamanya!
Kemudian budak2 baru hendak naik pun mula buat konklusi: "Korupsi berleluasa, mufti bisu. Ini adalah ulama jahat.."
Pathetic.
[Dari Tarbiyah Sentap dan foto oleh Lukis2 Academy]
Syair Arab ada menyebut:
Jika mendengar hal yang baik sengaja disembunyikan
Jika mendengar hal yang buruk sengaja disebarkan
Jika tidak mendengar apa-apa sengaja direka-reka
Khalifah Umar Abdul Aziz pernah didatangi seorang lelaki yang menceritakan sesuatu yang tidak disukainya. Lalu beliau berkata: "Jika kamu mahu saya menghukumi kamu andainya kamu berbohong dengan cerita tadi, maka kamu termasuk dalam ayat: "JIKA DATANG KEPADA KAMU SEORANG FASIQ MEMBAWA SESUATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH." (Surah Al Hujurat ayat 6).
"Jika kamu bercakap benar, maka kamu termasuk dalam ayat: "YANG SUKA MENYEBARKAN FITNAH HASUTAN." (Surah Al Qalam ayat 11).
Atau, kamu mahu saya memaafkan kamu jika kamu menyesal dan bertaubat?"
Lelaki itu menjawab, "Maafkan saya wahai Amirul Mukminin, saya takkan mengulanginya lagi."
Wallahua'lam.
(Al Ustaz # 51)
Wednesday, July 13, 2016
Kembali Kepada-Nya Umpama Pinggan Bersih
Seorang kaya telah meminjamkan pinggannya yang cantik lagi bersih kepada 3 orang peminjam. Tidak lama kemudian pinggan-pinggan itu pun dipulangkan oleh para peminjamnya.
Pinggan yang dikembalikan oleh Peminjam A berkeadaan bersih, wangi dan berseri seperti asalnya. Orang kaya itu dengan ceria meletakkan pinggan tersebut di tempat yang baik.
Pinggan dari Peminjam B kurang bersih keadaannya. Lalu orang kaya membersihkannya dulu sebelum menempatkannya di tempat yang baik.
Pinggan yang dipulangkan oleh Peminjam C sangat teruk, retak di sana sini dan sudah tidak serupa pinggan lagi. Dengan rasa marah orang kaya itu mencampakkannya ke dalam tong sampah.
Begitulah analogi hidup kita.
Allah Taala pinjamkan kita dengan zahir dan batin yang baik. Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, Allah dengan gembira menempatkan kita di Syurga-Nya.
Jika kita kembali kepada-Nya dengan keadaan kurang bersih, Allah akan meletakkan kita di neraka dulu selama beberapa ribu tahun bagi mensucikan keadaan kita dari dosa-dosa. Kemudian barulah kita ditempatkan di Syurga-Nya.
Kalau kita pulang dengan amalan yang berkecai, dipenuhi dosa syirik, khurafat, kufur, nifaq dan segala macam perangai mazmumah TANPA SEMPAT BERTAUBAT, Allah Taala tiada pilihan selain mencampakkan kita ke dasar neraka untuk menjadi bahan bakar.
Terserah kepada diri kita sendiri untuk mencari cara manakah kita mahu kembali kepada-Nya.
AGAR SENTIASA DILINDUNGINYA:
1. Sabda Nabi ﷺ: “Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah”,
maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga”. Syaitan pun akan menyingkir darinya. Syaitan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!”
(HR. Abu Daud dan Tirmizi)
2. Daripada Ummu Salamah beliau berkata:“Nabi ﷺ tidaklah keluar dari rumahku kecuali beliau menghadapkan pandangannya ke langit, lalu beliau membaca zikir:Allahumma inni a’udzu bika an adhilla aw udhalla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya."
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).
#cahayaislam
Kerja Syaitan Memang Menyibukkan
Diceritakan bahawa seorang lelaki pergi menemui IMAM ABU HANIFAH pada suatu malam.
Dia bertanya, "Wahai Imam, telah lama saya menanam sejumlah duit di satu tempat, tetapi saya terlupa di mana tempat itu. Bolehkah tuan bantu saya selesaikan masalah ini?"
Jawab IMAM ABU HANIFAH, "Ini bukan kerja seorang faqih. Tetapi adalah lebih baik kamu balik dan bersolat sehingga waktu subuh. In sya Allah kamu akan ingat di mana tempat itu."
Maka lelaki itu pun mematuhi saranan Imam. Ketika baru saja bersolat, tiba-tiba dia teringat tempat duit itu ditanam dan segera ke sana untuk mengeluarkan duitnya.
Paginya dia pergi memberitahu hal itu kepada Imam. Sambil berterima kasih dia bertanya, "Macam mana tuan tahu saya akan dapat ingat tempat itu?"
Jawab Imam, " SESUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK AKAN MEMBIARKAN SESEORANG HAMBA ALLAH KHUSYUK DALAM SOLAT. IA AKAN MENYIBUKKAN HATI DENGAN BERMACAM PERKARA termasuk membuat kamu ingat tempat duit itu!!!
(Al Ustaz # 51)
Syukuri Segala Nikmat-Nya
SEBELUM mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, fikirkanlah orang yang tidak boleh berkata-kata (bisu).
SEBELUM merungut tentang rasa makanan, fikirkanlah orang yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.
SEBELUM merungut keadaan rumah kotor kerana belum dibersihkan, fikirkanlah orang merempat yang tidur di jalanan.
SEBELUM merungut tentang pasangan, fikirkanlah orang yang sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan teman hidup.
SEBELUM mengeluh tentang kehidupan, fikirkanlah orang yang mati sedangkan bekalan belum cukup.
SEBELUM merungut tentang anak-anak, fikirkanlah orang yang mandul dan merindui hilai tawa anak-anak.
SEBELUM merungut tentang kerja, fikirkanlah tentang penganggur dan orang kurang upaya yang masih tercari-cari pekerjaan.
SEBELUM menuding jari menyalahkan orang lain, ingatlah tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan.
MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
BERSYUKURLAH, ALHAMDULILLAH!!!
Monday, July 11, 2016
Niat - Buatlah Kerana Allah
Jika kita berusaha membaiki niat, Allah akan membaiki perihal kita. Jika kita mendambakan kebaikan bagi orang lain, kebaikan akan mendatangi kita tanpa diduga.
KONGSI KEKHUATIRAN TARBIAH SENTAP:
Ramai orang sekarang boleh cakap, boleh bagi ceramah, talk dan sebagainya.
Ramai juga orang yang boleh ber"dakwah" dengan penulisan, menulis status islamik di Instagram, FB, Twitter, Blog dan sebagainya.
Ramai juga yang boleh menjadi naqib usrah, merubah orang, di sanjung ramai, banyak followers, di pandang mulia dan tinggi, dan sebagainya.
TAPI..... Tak ramai yang mampu AMAL apa yang mereka dakwahkan, segala yang mereka cakap, segala yang mereka tulis, segala yang mereka twit, segala yang mereka laung-laungkan.
Akhirnya, golongan sebegini, cuba renung. Ya, renung..
"Selama ni aku dakwah sebab nak dapat followers, nak dapat banyak like, nak popular, nak disanjung, nak kena puji, ATAU nak redha ALLAH?"
Kerana, orang yang berdakwah kerana Allah, mereka amat menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia. Menjaga tahajud, Quran, zikir, menjaga akhlak, menjaga sifat malu, meninggalkan maksiat dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan.
Tetapi, orang yang berdakwah kerana nama, kerana nak followers, nak di sanjung, mereka hanya menjaga hubungan dengan manusia.Tetapi, hubungan dengan Allah, mereka abai. Solat, zikir, tahajud, Quran mereka tak kerap, maksiat mereka buat, ikhtilat tak jaga, couple islamik, dan sebagainya.
Wahai pendakwah, bertaubatlah(saya pun kena taubat juga.) Ingatlah, antara golongan yang masuk NERAKA tanpa hisab ialah golongan yang berjihad bukan kerana Allah, tetapi kerana nama dan mahu disanjung dan dipuji.
Cuba fahami hadis ini, dan, menangislah!!!
Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya manusia pertama yang di adili pada hari kiamat adalah orang yang MATI SYAHID di jalan Allah. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman: ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (terlungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka…” (HR Muslim)
Nauzubillah. Cuba baca hadis itu berkali-kali!
Orang yang paling awal masuk neraka ialah orang yang mati syahid, yang pergi perang, berjihad, tetapi bukan kerana Allah. Di sudut hati, mereka nak di sanjung, nak nama, nak bangga. Akibatnya, Allah campakkan dirinya ke dalam neraka!
Cuba check balik diri kita. Sejauh mana kita ikhlas dalam dakwah ini? Semoga Allah ampunkan kita semua
Sunday, July 10, 2016
Ada Indah Di Sisi Allah
Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai.
Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan” kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang.
DEPANI KENYATAAN HIDUP
Kita hanya hamba, bukan tuan apa lagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup. Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa. Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi. Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengatasi tadbir.
Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuhkan. Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya menghasilkan buah.
LIHAT YANG TERSIRAT
Tidak semestinya apa yang kita benci membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa kebaikan. Firman Allah: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal perkara itu amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah 2: 216).
Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Di sebalik yang kita benci ada kalanya terselit hikmah yang sangat berharga. Misalnya, kalau tidak sakit, bagaimanakah akan kita mendapat pahala sabar? Kalau selalu cukup, bagaimanakah akan kita mendapat pahala qanaah? Kalau tidak gagal dan kecewa, mana akan dapat pahala redha?
Pahala yang didapati hasil sabar, qanaah dan reda inilah yang akan meningkatkan diri seseorang kepada darjat Mukmin sejati. Seorang sahabat bernama Abu Zar pernah ditanya apakah yang paling beliau suka dalam kehidupan di dunia ini. Tanpa ragu beliau menjawab, “aku suka lapar, sakit dan mati.” Apabila ditanya lagi mengapa beliau suka ketiga-tiga perkara itu, beliau menjawab, “aku suka lapar kerana pada waktu itu hatiku menjadi lembut. Aku suka sakit kerana ketika itu dosaku diampunkan. Dan aku suka mati kerana pada saat itulah aku bertemu dengan Allah.”
Itulah sikap orang yang arif dengan Allah. Mereka sering nampak sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka nampak ada mutiara di dalam tiram yang berlumpur. Mereka sentiasa percaya selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan.
BESARKAN IMAN DALAM DIRI
Cara mereka “mengecilkan” ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya. Sangka baik dalam hati akan “memperbaiki” apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal. Percayalah hati kita umpama bumi. Kadang kering-kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang-seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang. Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.
Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang-seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara. Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati. Kata orang arif, itulah permulaan syurga!
Kuatkan Jiwa Hadapi Pancaroba
Kita mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu iman perlu disuburkan selalu. Hidup mesti dipenuhi aktiviti-aktiviti membina dan memperkuatkan iman. Dosa, maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhkan. Jika tidak, percayalah kita akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah tidak akan ada ketenangan dengan menderhakai Allah. Justeru beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat.
Tekanan jiwa, rasa kekosongan, kemurungan adalah akibat langsung daripada lemahnya iman. Apabila iman lemah ketahanan diri dalam menghadapi hidup turut lemah. Apabila yang didamba tidak berlaku maka jiwa akan memberontak atau tertekan. Dia seolah-olahnya mahu jadi “tuhan” yang menentukan hitam putih hidupnya. Padahal pada kita hanya usaha, pada Allahlah segala ketentuan. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Jangan mengharap air hujan naik ke langit!
YAKIN ADA SISI INDAH
Jangan cuba mencapai sesuatu di luar kemampuan dan kuasa. Mana mungkin semua berlaku mengikut ketentuan kita! Sedangkan para nabi dan rasul dan para kekasih Allah pun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan penderitaan apatah lagi kita. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya lagikan dibunuh, apatah lagi kita, manusia yang penuh kesalahan dan kelemahan. Jadi, bangunlah, dan hadapilah tentangan.
Percayalah layang-layang hanya akan naik dengan menentang angin. Maka begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara ke hadapan. Pahit, masam, manis dan tawar. Itulah asam garam kehidupan.
Yang penting apa yang berlaku di dalam diri kita. Yakni di dalam hati kita sendiri. Pastikan di situ ada iman dan sentiasa mengingati Allah. Bukan sekali-skala tetapi dengan sebanyak-banyaknya. Sentiasa ada sisi indah pada setiap ketentuan dan ujian Allah. Namun apabila hati jauh daripada Pencipta segala yang dilihat hanyalah keburukan.
Dekatkanlah hati kepada Allah, in sya Allah segala yang dilihat, dihadapi dan dirasai akan menjadi indah. Apabila hati beriman, tidak ada yang dilihat oleh mata, melainkan keindahan!
[Sumber: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi]
Subscribe to:
Posts (Atom)