Sunday, November 16, 2014
Tanda-tanda Akhir Zaman
Ramai generasi hari ini sudah tidak lagi menganggap zina itu sebagai satu dosa besar. Ia banyak dilakukan sejak usia remaja dan bawah umur, berterusan hingga zina lepas berkahwin. Sewenang-wenang suami berzina menduakan isteri dan isteri menduakan suami macam makan karipap panas dan sambal belacan sahaja. Lepas makan nampak macam biasa tidak macam penzina. Jumlah wanita yang terlalu ramai juga telah banyak mencetuskan fitnah. Arak diteguk macam air sejuk. Demikian juga dosa riba, fitnah, rasuah dan sebagainya turut dipandang remeh, disondol sahaja macam 'babi', seolah-olah ia bukan lagi satu dosa. A-Quran dan sunnah, sistem hidup terbaik yang Allah hadiahkan, yang Nabi SAW wariskan direnyuk dan diejek-ejek macam kera dapat bunga. Kita beragama hanya pada nama, tidak pada ilmu dan pelaksanaan yang mendalam. Kerana itu, ramai sekali anak-anak generasi yang jadi keras hati dan mudah dipengaruhi. Sukar dibentuk, suka melawan dan mengganas pemikiran dan tindakannya.
Surat Al-Maidah Ayat 60: Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka dijadikan kera dan babi... dan penyembah thaghut, mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya di antara tanda-tanda Akhir zaman (Kiamat) adalah terangkat ilmu, tersebar kejahilan, tersebar penzinaan dan arak berleluasa diminum. Perempuan makin ramai dan lelaki makin sedikit. Sehingga 50 orang perempuan berada dalam tanggungan seorang lelaki." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW bersabda lagi:"Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang diibaratkan permata yang terpendam, tidak dapat mengetahuinya kecuali Ulama Billah, Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorangpun yang membantahnya kecuali orang-orang yang tidak faham tentang Allah“.( Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi RA)
Ulama' billah adalah rujukan yang pasti untuk mengesahkan ilmu yang terangkat itu. Di manakah mereka? Berapa ramaikah mereka? Siapakah Ulama' Billah? Ulamak yang berkata, bertindak dan bekerja hanya 'dengan Allah'... hanya dengan ilmu Allah. Tidak dicampur aduk dengan pendapat dan cetusan manusia. [WARGA PRIHATIN]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment