Monday, November 10, 2014
Perantara Ruang
Memilih pembahagi ruang yang betul adalah kunci kepada idea dekorasi yang kreatif dan berkesan.Tetapkan sempadan termasuk ruang laluan masuk, ruang tamu, ruang makan, ruang menonton dan ruang dapur.Susunan tiang menegak adalah antara pembahagi ruang yang popular.Apabila sempadan sudah ditetapkan bolehlah mulakan projek mendekorasi setiap ruang. Ada berbagai cara untuk memperkenalkan setiap ruang. Ia mungkin melalui perbezaan gaya hiasan atau warna dinding atau kemasan lantai.Pembahagi ruang boleh berbentuk binaan tetap, berdiri sendiri atau mudah dialihkan. Perabot asas seperti set sofa yang panjang sudah memadai untuk dijadikan pembahagi ruang. Oleh itu, sebelum membina atau membeli sesuatu sebagai pembahagi ruang, pertimbangkan beberapa perkara dengan mendalam.Tentukan saiz ideal pembahagi ruang yang diperlukan atau berapa lebarnya. Kemudian fikirkan sama ada mahu ia kekal di situ sepanjang masa atau pada masa tertentu mungkin perlu mengalihkannya.Selain memikirkan sama ada rekaan pembahagi ruang pilihan nampak sesuai dengan gaya hiasan yang dirancang bagi setiap ruang berkenaan atau sebaliknya.Ternyata pembahagi ruang mudah alih antara yang paling sesuai.Selamat mencuba. [HARIAN METRO]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment