Sunday, November 16, 2014
Solat Yang Jadi Makruh
Di dalam Kitab ‘SABILAL MUHTADIN’, karangan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah, menyatakan:
"MAKRUH MENGERJAKAN SOLAT sambil menahan HENDAK BUANG AIR BESAR ATAU AIR KECIL ATAU HENDAK KENTUT… Bahkan terkadang menjadi HARAM menahannya kalau akan mendatangkan mudarat, dan SUNAT menyelesaikan semua itu bahkan terkadang WAJIB, sekalipun tidak sempat mengerjakan sembahyang jemaah…. Makruh menahan semua yang disebutkan di atas apabila waktunya (waktu solat) masih panjang…. Tetapi jika waktu telah pendek, wajiblah bersembahyang sambil menahannya, selama tidak memberi mudarat, kerana menghormati waktu.."….
Secara asasnya, SOLAT ITU MASIH SAH, tetapi jatuh MAKRUH HUKUMNYA…. Sabda Rasulullah S.A.W: Dari Aisyah r.a berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "TIDAK SEMPURNA SOLAT SEORANG MUSLIM apabila makanan telah dihidangkan, atau apabila dia didesak buang air besar atau kecil"… (HR Imam Muslim)…
ANTARA SEBABNYA MENJADI MAKRUH ialah, apabila ditahan akan kentut, maka akan TERGANGGU KHUSYUKNYA dalam bersolat... Apatah lagi jika dengan menahan kentut itu, menyebabkan orang berkenaan akan bergerak-gerak kecil dan menyebabkan TERGANGGUNYA JEMAAH LAIN (jika solat berjemaah)… Tetapi hukumnya BOLEH MENJADI HARAM (iaitu tidak sah solatnya) jika dengan perbuatan menahan itu akan mendatangkan mudharat kepada orang yang menahan, seperti penyakit, dan lain-lain….
HUKUM MENAHAN KENTUT JUGA BOLEH BERUBAH MENJADI WAJIB, sekiranya jika kita membatalkan solat, maka akan luput waktu solat (Yakni solat di akhir waktu atas sebab2 yang syar'ie)… Wallahu a'lam...[Ustaz Ramli Joned]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment