Monday, November 3, 2014
Penutupan Al-Aqsa - Provokasi Ke Arah Perang
Di Jerusalem, kaum Muslimin terpaksa bersolat di jalan berbatuan dalam keadaan hujan pada Jumaat lalu kerana pihak berkuasa Israel terus menerus menutup semua pintu masuk ke Masjid Al Aqsa. Polis Zionis turut memeriksa semua dokumen pengenalan diri mereka dengan teliti. Penutupan itu kononnya adalah atas dasar keselamatan.
Nahil Salayme, 42, dari timur Jerusalem berasa sangat sedih kerana tidak dapat bersolat dalam Al Aqsa yang biasa didatanginya setiap hari.Dia tidak akan membiarkan pihak Israel mengambil masjid berkenaan, malah sanggup mengorbankan segala-gala termasuk anak-anak sendiri untuk menghalang tindakan jahat zionis. Seorang lagi ahli jemaah, Al Basty, 70 yang bersolat di Al Aqsa sejak usia 7 tahun turut kesal. Dia berjalan kaki dari Wadi Joz yang letaknya jauh situ namun inilah kali pertama dia gagal bersolat di dalamnya. Rata-rata warga Palestin menganggap tindakan pihak berkuasa Israel itu sebagai provokasi ke arah peperangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment