Saturday, November 22, 2014
Mulia Di Dunia Bukan Mulia Hakiki
Apabila Allah memuliakan seseorang, maka orang itu menjadi mulia. Mulianya ibu bapa,guru dan ulama adalah kerana Allah memuliakannya walaupun mungkin ada antara mereka yang kurang beradab, sombong dan sebagainya. Jadi Allah telah menetapkan siapa yang harus kita muliakan.
Namun hari ini sukar untuk kita memuliakan orang lain. Kita hanya mudah untuk memuliakan orang apabila orang itu berbuat baik terhadap kita. Kalau seseorang itu tidak berbuat baik, maka memang kita susah untuk hormat dan memuliakannya.
Amat malang hari ini apabila kemuliaan dan penghormatan seakan sudah boleh dibeli dengan wang ringgit. Jika kita kaya dan berpangkat, maka orang akan mudah dan selalu berasa hormat dan melayan kita dengan mulia sekali.
Kita akan dilayan bagai seorang ‘raja’ jika kaya dan berpangkat. Dunia hari ini seakan tiada penghormatan yang boleh kita dapat percuma, tanpa ada kemuliaan dunia. Persepsi ini sepatutnya diubah kerana kemuliaan hakiki sebenarnya terletak di sisi Allah, bukan bersifat duniawi atau manusiawi.
Kemuliaan al-Quran misalnya bukan kerana al-Quran itu kerana dari segi akalnya al-Quran itu hanyalah lembaran kertas saja. Tetapi kemuliaannya kerana ada ayat Allah di dalamnya. Maka al-Quran itu perlu dimuliakan walaupun ia hanya umpama sebuah ‘buku’, dan bukan orang. Tetapi kerana Allah menyuruh untuk memuliakan al-Quran, maka kita perlu memuliakannya.
Apabila Allah memuliakan bulan, orang atau sesuatu maka menjadi kewajipan kita semua untuk turut memuliakannya. [Ustaz Syed Kadir Al-Joofre]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment