Saturday, November 8, 2014
Kewajipan dan Hak Sesama Muslim
Tidak kira sama ada yang dipandu itu kereta BMW atau Maserati, keadaan jalan raya tetap sama. Tidak kita sama ada penerbangan yang dinaiki itu kelas ekonomi atau kelas bisnes, destinasi tetap tidak berubah. Tidak kira sama ada jam di tangan itu jenama Titan atau Rolex, waktu yang dipaparkan tetap sama. Tidak kira sama ada telefon yang diguna itu jenama Apple, Samsung atau Lava, orang yang menelefon tidak peduli, yang penting dapat bercakap.
Tidak salah berangan-angan kehidupan yang mewah.Tetapi mesti membezakan antara KEPERLUAN dan KETAMAKAN. Jangan biarkan keperluan berubah menjadi ketamakan kerana keperluan boleh dipenuhi ...tetapi ketamakan tidak pernah cukup-cukup lagi. Hiduplah seadanya kerana di sana ada bahagia. Kewajipan sesama muslim ialah saling ingat memperingati. Jadilah kita hamba yang sentiasa dirahmati.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim enam perkara. “ Lalu Baginda ditanya orang, “Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah” Jawab Baginda, (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah SALAM kepadanya. (2) Bila dia menjemputmu, PENUHI JEMPUTANnya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia NASIHAT. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, DOAkan semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, ZIARAHI dia. (6) Dan bila dia meninggal, ikutlah mengHANTAR jenazahnya ke kubur.”
(Shahih Muslim no. 2025)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment