Friday, November 21, 2014
Beginilah Kehidupan
Bumi yang kita huni ini bulat. Hukum alam (sunnatullah) menetapkan apa saja yang dilontarkan keluar daripada diri akan kembali semula kepada si pelontar.Andai kebaikan yang dilontarkan, nescaya akan kembalilah ia kepada si empunya, kekadang dalam keadaan bertimpa-timpa. Aduhai, betapa nikmatnya, Alhamdulillah!!! Andai yang dilontarkan itu kejahatan dan keburukan, ia juga kembali kepada si empunya, kekadang dalam keadaan bertimpa-timpa. Aduhai, betapa seksanya, Astaghafirullah!!! Baik atau buruk, pilihlah sendiri. Jaga tulisan jaga lisan jaga perbuatan.
Siapa tidak pernah rasa kecewa. Mana mungkin insan gembira sepanjang masa. Usah menipu diri sendiri, kononnya insan mampu mengelak jatuh bangun dalam kehidupan. Usah nafikan perasaan itu, terimalah ia. Tanyakan pada diri. “Mengapa saya kecewa?” Kemudian, berusahalah menanganinya dengan penuh kelembutan. Insan rasa kecewa kerana itu memang sifat fitrahnya. Hidup ini medan ujian. Itulah tujuan penciptaan. Hidup tidak pernah sempurna. Andai ia benar-benar sempurna, untuk apa syurga dicipta. Ketidaksempurnaan hidup membuat insan mengharapkan kebahagiaan abadi yang Allah janjikan. Dalam kekecewaan ada kebaikan. Pengalaman pahit itu guru terbaik. Ujian hidup menganugerahkan kebijaksanaan. Kekecewaan mendekatkan insan kepada Pencipta. Itulah tanda kecintaan dan keampunan dari-Nya. Ujian membuat insan terlupa akan kehebatan diri, dan teringat pada keperluan hakiki. Ujian memaksa kecetekan minda bergerak jauh ke dalam rohaniah.HIDUP TANPA RASA PAHIT, TIDAK AKAN TAHU ERTI MANIS.
Kalau gaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari.Kalau gaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.Kalau kita gaduh dengan bos, walaupun kita menang,tiada lagi masa hadapan di tempat itu. Kalau kita gaduh dengan keluarga, walaupun kita menang,hubungan kekeluargaan akan renggang.Kalau kita gaduh dengan guru, walaupun kita menang,keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang. Kalau gaduh dengan kawan, walaupun kita menang,yang pasti kita akan kekurangan kawan. Kalau gaduh dengan pasangan, walaupun kita menang,perasaan sayang pasti akan berkurangan. Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,walaupun kita menang, kita tetap kalah..[Sukan Star TV]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment