Friday, October 25, 2013

Wangian Mampu Menghalau Jin

serenemaklong.blogspot.com Wangian dan haruman merupakan santapan roh yang menyegarkan jiwa, membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak, jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia. Bau wangian mempunyai khasiat dan disukai oleh para malaikat. Sebaliknya syaitan membencinya kerana hanya sukakan bau busuk dan menjijikkan. Minyak wangi disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu mengeluh kerana minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Roh yang baik menyukai bau wangi manakala roh yang jahat menyukai bau busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Di sinilah timbulnya ilmu aromaterapi, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Campuran alkohol akan "membunuh" zat bunga tersebut. Di dalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan. Tujuannya untuk mempengaruhi emosi dan pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ia dapat mendiamkan egoisme badan terutama berkenaan dengan tenaga batin. Minyak bunga ros dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual. Untuk tujuan rawatan dan membentengi diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ia memerlukan kaedah yang khusus dan niat baik dari si pemakai bagi mengelakkan kehadiran jin pendamping. Sumber -Dakkap Mukhlas/ Syed Azizi

No comments:

Post a Comment