Friday, October 18, 2013

Bacaan Sunat Sebelum Tidur

serenemaklong.blogspot.com
1. Ayat al-Kursi. 2. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Kemudian tiupkan kepada kedua tapak tangan dan diusap ke seluruh tubuh. Siti Aishah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. selalu melakukannya sebanyak 3 kali (HR al-Tirmizi). 3. Tasbih, tahmid dan takbir 33 kali. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ali dan Fatimah yang mengeluh penat bekerja di siang hari dan meminta seorang pembantu: “Jika kamu telah berbaring di tempat tidur, bertakbirlah 33 kali, bertasbihlah 33 kali, dan bertahmidlah 33 kali. Sesungguhnya itu lebih baik bagimu daripada memiliki seorang pembantu.” (HR Muslim). 4. Doa tidur.

No comments:

Post a Comment