Wednesday, October 23, 2013

Jadi Ahlullah Dengan Al-Quran

serenemaklong.blogspot.com
Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya bagi Allah terdapat ahli-ahli-Nya dalam kalangan manusia.” Mereka bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: ”Mereka iallah ahli Al-Quran, ahli Allah dan orang-orang yang istimewa di sisi-Nya.” (HR Ibn Majah). Antara syarat-syarat kelayakan sebagai Ahlullah wa khosotuhu ialah: • Sentiasa menghafal Al-Quran • Sentiasa membaca Al-Quran • Akal dan hatinya sentiasa bertadabbur dengan Al-Quran • Mengamalkan segala suruhan Al-Quran • Meninggalkan segala larangan Al-Quran • Berakhlak dengan akhlak Al-Quran • Matanya tidak melihat perkara yang diharamkan • Lidahnya tidak menuturkan kata-kata dusta atau sia-sia • Telinganya tidak mendengar umpatan atau muzik yang sia-sia • Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat perhimpunan syaitan • Hatinya tidak hasad atau dengki dengan keduniaan • Pakaiannya adalah pakaian orang bertaqwa • Mengamalkan segala kandungan Al-Quran • Makan minumnya dengan penuh kewarakan • Kemahuannya terhadap akhirat mengatasi dunianya • Sentiasa menyucikan jiwanya daripada kemaksiatan dosa dan menghiasinya dengan ketaatan. Kenali Al-Quran melalui nama-namanya: Al-Quran = Bacaan (Membacanya mendapat pahala). Al-Kitab = Buku (Merupakan buku rujukan utama dalam Islam). Al-Zikr = Peringatan (Memberi peringatan pada yang alpa). Al-Ruh = Roh (Isi kandungannya yang sentiasa hidup pada setiap zaman dan persekitaran). Al-Nur = Cahaya (Menerangi kegelapan kejahilan). Al-Furqan = Pemisah (Memisahkan antara kebenaran dan kebatilan). Al-Burhan = Fakta (Menjadi dalil dan hujah terampuh kepada setiap dakwaan). Al-Mau’zilah = Teladan (Menjadi pedoman baik kepada manusia). Al-Syifa’ = Penawar (Mampu mengubati segala penyakit dalaman dan luaran). Al-Huda = Petunjuk (Memimpin manusia menuju kebenaran). Al-Rahmah = Pemberian (Pemberian Allah kepada manusia daripada pelbagai aspek). Al-Basha’ir = Kesedaran (Menghidupkan dan menyedarkan mata hati manusia). (Sumber; Solusi #61)

No comments:

Post a Comment