Tuesday, October 22, 2013
Dimensi Ciptaan Allah
serenemaklong.blogspot.com
Setiap makhluk ciptaan ALLAH mempunyai tempat penghunian yang telah ditetapkan di muka Bumi ini. Begitu juga MANUSIA dan JIN yang berada dalam Dimensi yang berbeza – Manusia menginap di DIMENSI PERTAMA dan Jin pula dalam DIMENSI KEDUA. Selain tempat tinggal, Allah juga memberikan kedua-dua makhluk ini ilmu, kepakaran dan teknologi yang berbagai rupa.
Pun begitu Manusia dan Jin tetap terdedah kepada pengaruh jahat makhluk ketiga iaitu SYAITAN yang datang dari DIMENSI KETIGA. Secara halus Syaitan membisikkan dalam hati Manusia dan Jin tentang sifat-sifat MAZMUMAH, contohnya sifat sombong dan sikap menunjuk-nunjuk bahawa “Akulah yang terhebat”. Disebabkan faktor itu kedua-dua jenis makhluk yang berlainan bentuk dan kejadian ini saling menceroboh dimensi masing-masing.
Menerusi teknologi tertentu, ada Jin yang menceroboh Dimensi Manusia dengan sengaja, mengganggu Manusia Wanita gara-gara jatuh cinta padanya sedangkan cintanya itu memang tidak dikehendaki langsung. Begitu juga ada Manusia yang sengaja “mengimport” Jin untuk dijadikan pembantu dalam kerja-kerja yang melanggari perintah Allah.
Manusia dan Jin patut sedar bahawa ada makhluk ciptaan Allah yang suci lagi bersih dari DIMENSI KEEMPAT iaitu MALAIKAT sedang memerhati dan mencatatkan setiap perbuatan, sama ada baik atau jahat. Tiada satu pun yang terlepas. Semua ini bakal dipersembahkan kepada HAKIM YANG AGONG pada suatu hari yang telah ditetapkan dan menerima balasan yang setimpal.
Setiap Manusia dan Jin yang percaya pada Hari Akhirat dan cuba sebaik mungkin mengamalkan amalan soleh tidak akan membuat sebarang kerosakan di muka Bumi. Memang kita tidak berupaya mempengaruhi pihak lain daripada membuat honar tetapi kita boleh mengawal diri kita sendiri daripada melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan-Nya. ALLAH bukan saja-saja menciptakan semua ini tanpa sebab. Kita patut kembali kepada fitrah yang telah ditetapkan oleh-Nya ke atas kita. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Firman-Nya:
“Dan AKU tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Adz Dzaariyaat Ayat 56.).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cuba kaji dulu apa tu dimensi pertama ... kedua dan ketiga ... dimensi pertama adalah spt 1 garis lurus sedangkan kita berada di 3dimensi ... yg mana terdapatnya konsep ruang dan waktu ... maaf ya tegur ...
ReplyDelete