Monday, October 28, 2013

Jangan Hati Terpesong


"Ahli neraka merayu ahli syurga (dengan berkata):Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua-duanya atas orang kafir. (Surah al A'raf ayat 50).

"Penduduk syurga setengahnya menghadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanya. Seorang antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu ada seorang rakan yang berkata:"Adakah kau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari Akhirat)? Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang kita telah lakukan?" Dia berkata lagi:"Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanmu yang engkar itu)?" Maka diapun memandang ke arah neraka lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala. Dia pun berkata:Demi Allah! Kau nyaris-nyaris menceburkan aku dalam kebinasan. Kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya aku akan menjadi daripada orang-orang yang diseret (untuk menerima balasan azab)." (Surah al Saffat ayat 50-59).

"Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula mentertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin yang berhias, serta melihat hal yang berlaku kepada musuhnya. (Untuk menambahkan kegembiraan mereka), mereka ditanya: "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka kerjakan dahulu?" (Surah al Mutaffifin ayat 34-36).

Kesimpulannya: Yang jelas kafir memang jelas di mana mereka akan ditempatkan. Tetapi yang Muslim pun boleh berada di tempat yang sama jika gagal menepati piawaian yang Allah tetapkan (termasuk juga Redha dan Rahmat-Nya). Terlalu banyak hal-hal duniawi yang boleh menyeret kita ke sana.

"Ya Tuhan kami, janganlah Kau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Kau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; kerana Kau Maha Pemberi (kurnia) - Surah Ali Imran ayat 8.

No comments:

Post a Comment