Wednesday, October 30, 2013
Toxic People
Dalam setiap perjuangan kadang-kadang ada golongan yang dinamakan TOXIC PEOPLE, iaitu golongan yang berpura-pura baik di hadapan supaya mereka dihormati dan dikagumi namun di belakang, menikam dalam diam.
Kebaikan yang ditonjolkannya bukanlah benar, hanya copy paste semata-mata. Kehadiran mereka inilah yang mewujudkan WIRA TIDAK DIDENDANG (Unsung Heroes).
TOXIC PEOPLE ini tidak banyak kerja untuk orang lain melainkan bekerja untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia mengampu yang di atas, menyiku yang di sisi dan menekan yang di bawah.
Perbuatan mereka memang menyakitkan hati. Namun, demi ketenangan diri, pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan, bukan dengan harapan supaya orang yang tidak sehaluan itu dimusnahkan. Sesungguhnya tidak ada ketenangan jika ada kebencian.
Sabarlah dalam bersabar. Dan syukurlah sehingga tidak dapat diukur. Sesungguhnya tidak kalah dalam mengalah.
Allah berfirman: "Beramallah. Nanti Allah, Rasul dan orang Mukmin akan menilai amalan kamu itu."
Kecuali sejarah yang dibawa oleh Al-Quran dan Sunnah, sejarah dunia yang ditulis manusia sering diselewengkan. Wira dianggap penderhaka, penderhaka dianggap wira.
Namun begitu, betapa licik sekalipun strategi dan putar belit TOXIC PEOPLE, mereka tidak akan dapat menipu semua orang pada setiap masa. Lebih-lebih lagi mereka tidak dapat menipu diri sendiri. Pembelit akan terbelit dengan jeratnya sendiri.
(Sumber: Pahrol Mohd Juoi)
Jangan jadi macam ayam belanda, mengembangkan bulu berlagak cantik tetapi hakikatnya tidak secantik mana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment