Saturday, October 12, 2013

Masjid Mesra Jemaah

serenemaklong.blogspot.com

KELMARIN ada berita seorang lelaki dipenjara 2 tahun kerana mencuri RM2 dari tabung masjid. Hari ini ingin saya kongsikan  status seorang sahabat FB. Bacalah tulisannya dengan berlapang dada dan renungkan jika  amalan yang dilakukan selama ini baik atau tidak untuk anggota kariah. Inilah status insan yang saya namakan AKU: 

 Assalamualaikum kawan-kawan pentadbir,

 Masjid mempunyai banyak duit tetapi pihak pengurusan masjid menjadikan duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara.Mungkin yang melidi duit tabung itu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat Kompleks Asia Jaya. Ada kotak ‘transparent’ atas meja. Ada buku catatan di sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup itu ada banyak duit bermacam-macam not.

Aku belek buku. Lima ruang untuk diisi…tarikh, nama, nombor telefon, jumlah, catatan. Berbagai kaum punya nama ada di dalamnya. Memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama lengkap dengan nombor telefon.

Aku ambil salah satu nombor. Dia seorang lelaki yang ambil RM50 untuk beli susu anak. Aku call nombor yang dicatat. Sembang beberapa minit. Dia baru diberhentikan kerja sebagai Jaga.

“Dah jumpa Pak Imam masjid. Kena buat surat pada Bendahari. Bendahari pula suruh pergi Pejabat Zakat. Sampai Pejabat Zakat kena isi borang itu ini. Entah bila boleh dapat. Kawan India saya suruh pergi gereja. Boleh terus ambil, kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat itu dengan dia.”

Aku tanya dia, “Kenapa encik ambil RM50 saja? Bukan ada orang jaga pun.”

Jawabnya, ”Entahlah. Tapi walaupun tak ada orang jaga tapi Allah nampak, walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing cari kerja.”

Terdiam aku sekejap. Lepas itu aku tanya lagi,” Lepas tu, encik?”

Dia meneruskan,” Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus makan 5 beranak. Padi esoknya gereja telefon. Mereka beri saya kerja jadi Jaga di gereja itu. Tak apalah, asal tak mencuri.”

Aku Tanya lagi, “Encik masih kerja di situ?”

Jawabnya, “ Tak lagi. Saya balik kampung. Gereja bagi modal. Sekarang ni saya berniaga gerai makan.”

Aku rasa pentadbir masjid patut boleh buat lebih daripada gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tetapi ahli Kariah ada yang dapur tidak berasap.  Fikir-fikirkan…   

 

No comments:

Post a Comment