Thursday, October 17, 2013

Keakraban Syiah Iran dan Yahudi

serenemaklong.blogspot.com
Syiah dan Yahudi itu bersaudara. Iran dengan ancaman dan dugaan senjata nuklear yang mereka miliki boleh menjadi musuh utama bagi Israel. Tetapi siapa sangka, pemerintahan Syiah Iran yang anti-Israel ternyata mesra dengan umat Yahudi di negaranya. Terlalu anti-Israel, namun umat Yahudi hidup tenteram di Iran. Menurut laman Iran Jewish, saat ini ada sekitar 25 ribu hingga 30 ribu Yahudi di Iran, paling ramai di Teheran, berjumlah 15 ribu orang. Sebahagian lainnya tinggal di Shiraz, Isfahan, Kermanshah, Yazd, Kerman, Rafsanjan, Borujerd, Sanandaj dan Oromieh. Wujudnya mereka di tanah Parsi itu adalah sejak 2700 tahun yang lalu. Ketika itu, umat Yahudi yang kebanyakan keturunan hamba dari Babilonia diselamatkan oleh Koresh yang Agung, raja Persia. Sejak itulah, Yahudi tinggal di Iran. Di negara itu ada lebih kurang 100 synagogue(rumah ibadat), 26 di antaranya ada di Teheran. Mereka bebas beribadah di dalamnya. Selain synagogue, umat Yahudi di Iran juga boleh mendirikan sekolah, pusat budaya, perkumpulan pelajar dan mahasiswa, perpustakaan, dan balai kumpulan. Mereka juga kerap menerbitkan buletin secara berkala. Sejak sekitar 100 tahun lalu, Yahudi memiliki seorang perwakilan di parlimen. Setelah Revolusi Islam tahun 1979, perwakilan Yahudi di parlimen atau Dewan Konstitusi Elit berperanan aktif. Ayatullah Khomeini menganggap Yahudi sebagai agama minoriti yang harus dilindungi di Iran. "Imam Khomeini membezakan antara Yahudi dengan Zionis, dan dia menyokong kami," kata Hammami, salah seorang ketua masyarakat Yahudi di Iran. Selanjutnya Hammami berkata , sikap anti-Yahudi yang selama ini ditujukan pada Iran hanyalah persepsi yang cuba ditanam oleh media. Menurutnya, ramai yang tidak dapat membezakan antara Yudaisme dan Zionisme. "Ramai yang berfikir bahawa apapun yang dilakukan Israel selalu didukung oleh seluruh Yahudi," ujarnya. Hal yang sama disampaikan oleh penjual daging di Teheran, Hersel Gabriel. "Apapun yang dikatakan di luar negara itu semua bohong. Kami hidup aman di Iran. Jika kamu tidak terlibat politik dan tidak mengganggu mereka, maka mereka tidak akan mengusikmu," ujarnya. Seorang doktor Yahudi Ciamak Morsathegh mengatakan bahwa sentimen anti-Yahudi tidak pernah ditemuinya di Iran. "Anti-semit bukanlah fenomena di timur, itu bukanlah fenomena bagi Islam atau Iran, anti-semit adalah fenomena di Eropah," kata Morsathegh. http://m.news.viva.co.id/news/read/432629-iran--anti-zionis-israel-tapi-harmonis-dengan-orang-yahudi Bagaimana boleh ada permusuhan di antara yiah dengan hudi sedangkan yiah itu adalah adik kandung Yahudi? Kenapa dikatakan Syiah sebagai adik kandung Yahudi? Kerana Syiah dibentuk oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' yang dahulu berpura-pura masuk Islam. Wallahu a'lam. Jangan biar Syiah berleluas. (Amaran) Kandungan video klip yang sangat melampau. [Penerangan tentang agama Syiah hanya dalam masa 2 minit 55 saat sahaja] Ini bukan salah satu adegan ganas dalam filem-filem Hollywood yang mana adegan itu hanya untuk keseronokan tetapi ia benar-benar sedang berlaku dan bakal berlaku di Malaysia sekiranya kita bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu hal semasa Ummah. Pilihan di tangan kita. Kita boleh menghentikan penularan agama Syiah di negara kita, jika itulah pilihan kita. Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=wa0uNPwWWmU&feature=youtu.be ++++++++18 www.youtube.com (Sumber: Syed Azizi)

No comments:

Post a Comment