Tuesday, October 1, 2013

Jemputan Terakhir

serenemaklong.blogspot.com

 

PERNAHKAH melihat seseorang menjelang sakratul maut? Adakah mata mereka terbelalak ketakutan,  kesakitan atau yang hanya seperti tidur?

Wati adalah seorang gadis berniqab yang sangat cantik, berbudi, suka menolong orang lain dan selalu menjadi juara dalam kelas. Rakan-rakan sekolah terkejut bagai mendengar petir di siang hari bila dia diberitakan   mengidap kanser rahim peringkat empat!!!

Warga sekolah berduka. Para aktivis amat sedih. Wati adalah penggerak segala kegiatan dakwah. Idea-ideanya segar. Dia mudah didekati dan disukai siapapun. Betapa pedih menatapnya hari itu. Ia terbaring  lemah di katil. Badannya menjadi amat kurus. Wajahnya pucat. Setelah sakit berbulan-bulan, dia tidak lagi mengenali rakan-rakan sekolahnya!

“Wati sudah sebulan tak bangun,” kata ibunya sambil mengusap airmata.

Baru saja ibunya selesai bercakap, perlahan Wati berusaha untuk bangun. Mereka tercengang ketika dia berdiri dan berjalan melintasi mereka sambil berkata dengan suara nyaris tidak kedengaran, “Saya nak  berwuduk dan solat Dhuha.”

Serentak mereka berebut memimpinnya ke bilik air. Ibunya memakaikan dia telekung, sementara ayahnya membaringkannya di tempat tidur kerana dia terlalu lemah untuk solat sambil berdiri.

Hening. Tidak seorang pun yang bersuara ketika dia melakukan sholat Dhuha. Selesai sholat, dia memandang wajah ibu, ayah dan adik-adiknya satu persatu berganti-ganti. Dari mulutnya terus menerus terdengar asma Allah. Mereka yang menyaksikan tidak mampu menahan tangis.

Tiba-tiba Wati tersenyum. Ada air jernih di sudut matanya. Lalu susah payah dia mengangkat kedua tangannya dan mendekapkannya di dada. Dengan tersenyum dia menutup kedua matanya sambil mengucapkan dua kalimah syahadat dengan sangat lancar.


Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’uun. Dia pergi untuk selamanya. Subhanallah, dia kembali dengan sangat sempurna dalam usia yang baru 18 tahun. Tiba-tiba, antara ilusi dan kenyataan, mereka mencium bau wangi.

Ya Allah, sudah siapkah kami bila Engkau panggil kami kembali?

No comments:

Post a Comment