Tuesday, October 15, 2013

La Ilaha Ila Allah

serenemaklong.blogspot.com

Sesaat selepas askar Assad meletupkan Masjid, jemaah di dalamnya dibakar hidup-hidup. Salah seorang yang syahid, In shaa Allah, mengangkat satu jarinya ke atas. 

**La Ilaha Ila Allah (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)!

Menuju dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa? – Surah Yusuf Ayat 39.

(Demi) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah satu – Surah As Soffat Ayat 4.

Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu – Surah Asy Syuura Ayat 15.

Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan – Al Ikhlas Ayat 3.

Aku tidak akan sembah apa-apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak sembah (Allah) yang aku sembah – Al Kafiruun Ayat 2-3.

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya – Surah Al Anbiyaa Ayat 122.

Mereka (bangun menegaskan tauhid) lalu berkata, “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan selain daripada-Nya – Surah Al Kahfi Ayat 14.

No comments:

Post a Comment