(Luahan hati seorang negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia)
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya - perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai
pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu,
iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi
Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan
diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael
supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja
Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan
negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi
milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak
berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata,
tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada
orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah
tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka
akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan
bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat
beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang
menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan
kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan
bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat
ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan
Union memaksa British menggugurkan rancangan mereka dan kembalikan
negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British
kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan
nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka
sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk
bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri
daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10
daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya
satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus
menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya.
Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada
Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi,
nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak
kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan
bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh
mereka semasa dijajah.Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu.
Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan
merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan
yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka
bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang
berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan
daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut
ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat
sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini
mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka
melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat
yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan.
Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka,
sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk
mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk
mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika
mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan
Kerajaan, tidak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang
lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang
mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam
pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang
Melayu.
Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tidak lain tidak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.
Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah
dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan mengalami masa
depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan
pemerintahan oleh kita sendiri.
(Sumber: Utusan Malaysia)
No comments:
Post a Comment