1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua - dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu.
Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air
suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut
wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini
sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan
selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang
boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 Petikan dari Surah
Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah Petikan Surah Yusuf
Ayat 4 kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah - mudahan wajah kelihatan berseri
dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara
segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput.
Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari
baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga
kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan
diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong
atau gugur, mudah - mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat
di kedua - dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati
supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum
air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat
ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
(Sumber:
Muhamad Nor Kartor)
No comments:
Post a Comment