serenemaklong.blogspot.com
ALLAH Hanya Memanggil Kita
Tiga Kali
Harun bercerita kepada anaknya, Ahmad di dalam Masjid Nabawi ketika mereka sedang bersiap untuk melaksanakan rukun umrah menuju Makkah Al-Mukaromah. Harun berkata bahawa Allah hanya memanggil kita tiga kali saja seumur hidup.
Kening
Ahmad berkerut, “Sedikitnya Allah memanggil kita!”
Harun
tersenyum, “Ya, tahu tak apa tiga kali panggilan itu?” Ahmad menggelengkan
kepala.
“Azan adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan dari Allah. tetapi Allah masih fleksibel. Dia tidak cepat marah akan sikap kita. Kadang-kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hamba itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti,” kata Harun.
“Panggilan kedua adalah panggilan Haji atau Umrah. Panggilan ini bersifat halus dan bergiliran, hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya pun bermacam-macam. Yang tidak berwang menjadi pemilik wang, yang tidak dirancang akan pergi, manakala yang memang dirancang terkabul pula.”
“Ketika kita mengambil niat Haji atau Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan: Labaik Allahuma Labaik, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji atau Umrah bagi yang mampu.”
“Panggilan yang ketiga adalah Kematian. Panggilan ini kita jawab dengan amal kita. Dalam banyak kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh kita. Kerana itu manfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya. Jawablah ketiga panggilan Allah dengan hati, dengan sikap yang Husnul Khotimah. In sya Allah Syurga adalah balasannya.
Mata Ahmad berkaca-kaca, teringat akan banyak kelalaiannya menunda-nunda solat dengan banyak alasan ini dan itu yang pada mulanya menimbulkan keresahan dan kegelisahan batin yang sangat halus sampai pada akhirnya kegelisahan itu tidak lagi terasa dan menjadi biasa saja. Allahurabbi. Kemudian dengan tekad kuat, Ahmad melafazkan, “Aku menjawab panggilan Umrahmu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam”.
Istiqamah bukanlah hal yang didapatkan dengan begitu saja. Maka mintalah kepada Allah, Yang Maha membolak-balik hati agar senantiasa diistiqamahkan dalam ketaatan kepadaNya hingga sampai waktu untuk berpulang ke rahmatullah. Semoga kita dapat mengakhiri perjalanan hidup ini dengan husnul khatimah. Aamiin.
Wahai Rabbi yang menguasai hati.
Duhai Rabbi pemilik jiwa-jiwa.
Wahai yang maha pembolak-balik hati.
Ya Allah teguhkan kami,

teguhkan
hati kami dalam ketaatan kepadaMu. Aamiin.
No comments:
Post a Comment