serenemaklong.blogspot.com
KELUARGA dan rakan memang
tahu Fulanah mengalami ketagihan seks yang teruk. Dia tidak pernah menolak
pelawaan mana-mana lelaki yang ingin menidurinya. Bila dinasihatkan supaya menjalani
rawatan, dia hanya buat dengar tak dengar saja. Sikap itu berterusan sehingga
saat nyawanya dicabut Malaikat Maut.
Tugas memandikan jenazahnya terpikul di bahu Filani. Ketika
sedang menjalankan kerja itu, tiba-tiba dia menjerit, “Tolong, tolong!”
Semua yang hadir di situ terkejut. Masing-masing bertanya, “Kenapa Filani?”
Semua yang hadir di situ terkejut. Masing-masing bertanya, “Kenapa Filani?”
“Tangan saya terlekat di kemaluan arwah ini!!!”
“Tarik sajalah.”
Filani cuba menarik tangannya berkali-kali tetapi gagal. Semua
yang hadir mati akal untuk menolongnya.
Suatu suara sumbang memberi cadangan, “Potong saja tangan
di Filani, kalau tak boleh juga, kebumikan mereka berdua sekali gus!”
“Isy…apa yang kau mengarut ni! Macam inilah, apa kata kalau kita minta pendapat Imam Malik. Kita memang tahu Imam itu sangat berhati-hati dan sensitif dalam isu agama.”
“Isy…apa yang kau mengarut ni! Macam inilah, apa kata kalau kita minta pendapat Imam Malik. Kita memang tahu Imam itu sangat berhati-hati dan sensitif dalam isu agama.”
“Setuju!!!” jawab hadirin. Lalu Imam Malik pun diminta
datang ke tempat itu.
Imam Malik memandang Filani sambil bertanya, “Ada tak kamu
berkata apa-apa kepada arwah semasa memandikannya?”
"Ada. Saya kata: dah berapa kalilah tubuh ini melakukan zina," jawab Filani.
"Ada. Saya kata: dah berapa kalilah tubuh ini melakukan zina," jawab Filani.
Imam Malik menjawab, "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) kepada dia, sedangkan kamu tak bawa 4 orang saksi. Sebab itu kamu harus menjalani hukuman hudud 80 kali sebatan."
Selepas menjalani hukuman 80 sebatan, terlepaslah tangan
Filani dari jenazah Fulanah.
Moral cerita:
Sentiasa jaga lidah, jangan sembarangan membuat fitnah atau bersangka buruk. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Moral cerita:
Sentiasa jaga lidah, jangan sembarangan membuat fitnah atau bersangka buruk. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
No comments:
Post a Comment