serenemaklong.blogspot.com
SESUDAH
mencuba beberapa lama, akhirnya Muhammad berjaya juga mengunjungi Jerusalem,
sebuah kota bersejarah. Dia segera mengangkat tangan dan memanjatkan doa, “Ya,
Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana memudahkan perjalananku.“
Mahmoud,
pemandu pelancong keturunan Palestin itu tersenyum melihatnya. Dia memang akrab
dengan Muhammad. Kemudian Mahmoud mengalihkan pandangannya pula kepada
rombongan penganut Kristian yang turut datang dari Malaysia. Ada sedikit
perasaan jengkel di hatinya.
Masakan
tidak, setiap malam Mahmoud meleteri Muhammad, “Mengapa kau tak peka dengan
sikap anti-Islam kumpulan Kristian dari negeri kau itu.”
Dan
setiap kali itulah juga Muhammad hanya menjawab,“ Alah, sikap anti-Islam ada di
mana-mana. Biarkan sajalah.” Muhammad lebih suka berbaik sangka dari memikirkan
perkara yang buruk.
Namun
Mahmoud tidak sependapat dengannya. Memang berbaik sangka itu sangat dianjurkan
oleh agama Islam. Pun begitu, tidak ada salahnya jika bersikap berhati-hati.
Pada
hari terakhir lawatan, Muhammad harus pulang ke Jordan dengan menaiki bas. Dia
menuju ke satu tempat duduk. Dilihatnya
segulung kertas terselit di atas tempat duduk berhampiran tingkap.
Perlahan-lahan gulungan kertas itu dibuka. Hatinya berderau, tangannya menggigil.
“Allahu
Akbar!!!” terpacul dari bibirnya. “Memang Engkau mentakdirkan aku yang jumpa
benda ini.”
Tanpa
pengetahuan Muhammad, sebelum dia menaiki bas itu, penumpang terdahulu yang menaikinya
ialah ahli rombongan Kristian dari Malaysia tersebut. Mungkin salah seorang
jemaahnya tercicirkan dikri 8 muka surat itu di situ.
Dikri
itu mengandungi perkara-perkara yang patut dilakukan untuk memurtadkan umat
Islam di Malaysia. Bila sudah murtad, mereka boleh dikristiankan atau diajak
mengamalkan fahaman pluralisme.
Kini
baru Muhammad faham mengapa Mahmoud beria-ia meminta dia bersikap sensitif
dengan gerakan anti Islam dari Malaysia ini.
Muhammad
membawa dikri itu pulang ke Malaysia dan mempamerkannya di blog. Pendedahan itu
membawa berbagai reaksi dari para
pengunjung.
“Awak
sengaja mengada-adakan cerita itu untuk menyakitkan hati orang,” seorang
pengunjung marah-marah.
Kecaman
demi kecaman membuatkan Muhammad memadam sahaja posting itu. “Ya, Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Selamatkanlah negaraku daripada dilanda
sebarang kekacauan yang akan membolehkan musuh paling dilaknati dalam Al Quran
menjajah tanahairku melalui proksi,” doa Muhammad pada setiap waktu solat wajib
dan sunat.
Disember
2012, Gereja Malaysia membuat permohonan hendak menggunakan nama “Allah”
sebagai ganti “God” dalam bible versi Bahasa Melayu. Keadaan dalam negara riuh
rendah dengan pendapat pro dan kontra. Masing-masing mengajukan hujah.
Beberapa
bulan kemudian, ketika mengemaskini status di Muka Buku, Muhammad terlihat
posting seorang sahabat yang menunjukkan video YouTube penganut Gereja Roti
Hidup, Jerusalem berdoa memohon supaya Tuhan mereka memberi kemenangan kepada pihak
yang ingin menubuhkan Bangsa Negara Pelangi dan mengadakan hubungan diplomatik
dengan Jerusalem.
Muhammad
hanya mengucapkan, “Hasbiallahu wanikmal wakil”.
Allah
Maha Mengetahui di atas segala sesuatu. Betapa hebat pun perancangan manusia,
hebat lagi rancangan Allah ke atas hamba-hambaNya.
Moral cerita:
Jika benar-benar mengaku hambaNya,
tauhidkan Allah SWT di dalam hati. Dalam apa jua tindakan, ambillah pendekatan
solat Istikharah. Semoga Dia memberikan keputusan yang diRedhaiNya, bukan
keputusan sendiri yang tidak mampu menyelam segala yang tersirat.
“Apabila
dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah
beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang
bodoh itu telah beriman?” Ingatlah sesungguhnya merekalah orang yang bodoh,
tetapi mereka tidak tahu – Al Baqarah ayat 13.
“…dan
mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya Tuhan kami
dan kepada Engkaulah tempat kembali.” – Al Baqarah 285.
“…Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong
kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Al Baqarah 286.
Aamiin…Aamiin…Aamiin.
No comments:
Post a Comment