serenemaklong.blogspot.com
MAQAM bererti martabat atau kedudukan di
sisi Allah. Bagi mendapatkan tempat yang tinggi ini insan mesti berusaha
bersungguh-sungguh mencapainya.
Bercakap
memang senang, kerana untuk mendapatkannya sukar sekali namun tetapi tidak pula
mustahil. Kita kini hidup dalam dunia akhir zaman penuh fitnah dan kemelut.
Terlalu banyak cabaran yang boleh menggelincirkan. Percayalah kita boleh
tersungkur, bukan sekali tetapi berkali-kali. Yang penting, niat tetap utuh.
Buang sikap berputus asa jauh-jauh dari hati.
Salah
satu cara ialah dengan mengamalkan wudhuk zahir dan batin. Wudhuk bukan sekadar
menyucikan diri untuk bersolat. Ia adalah cara utama untuk menyucikan
akhlak.
Seorang
ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggap lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
diri yang selalu dirasai kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara tuan solat?'
Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.'
Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? '
Jawab Hatim,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Wudhuk batin ialah membasuh anggota
dengan tujuh perkara:-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
Aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku,
Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah
berdiri di atas titian
Siratal mustaqim dan menganggap ini solatku terakhir, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk
dan sujud dengan tawadhuk. Aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.`
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi saw, ilmu itu milik Tuhan. Barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali
kepadanya.
Wallahualam.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara tuan solat?'
Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.'
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
Aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku,
Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
Siratal mustaqim dan menganggap ini solatku terakhir, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk. Aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.`
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment